Search This Blog

Wednesday, March 23, 2011

Perlukah Makan Untuk Dua Orang Semasa Mengandung

Assalamualaikum wbt...

Alkisahnya..rentetan daripada kenaikan berat badan bln ini aku pun mengooglekan diri mencari info-info tambahan untuk mommy-to-be ni macam mana nak maintain berat badan agar tidak terlebih dan terkurang..Satu artikel yang menarik dari comelnya.com... Sharing is caring :)

Sila lah baca....

Kebanyakan orang menyangka pengambilan makanan harus untuk dua orang (ibu dan bayi) ketika mengandung. Sebaliknya, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Sudah memadai dengan menambah pengambilan susu, kekacang dan ikan di samping makanan biasa yang anda ambil.

Ketika mengandung, badan anda lebih efisien dan berkemampuan menyerap lebih nutrisi dari makanan. Menggandakan pemakanan anda tidak bermakna menggandakan peluang untuk mendapatkan bayi yang sihat, tetapi berkemungkinan besar akan meningkatkan berat badan anda. Akibatnya, risiko mengalami komplikasi semasa mengandung akan meningkat.

Jika anda mempunyai berat badan ideal pada trimester pertama, anda mungkin tidak memerlukan penambahan kalori. Trimester kedua memerlukan penambahan 300 kalori dan trimester ketiga pula penambahan sebanyak 450 kalori. Penambahan makanan tidak seharusnya mengikuti 300-450 kalori, tetapi bergantung kepada berat badan anda, sama ada anda terlebih berat atau kurang berat sepanjang anda mengandung. Dalam erti kata yang lain, anda boleh menambah lagi jumlah kalori jika berat badan anda tidak meningkat semasa mengandung atau mengurangkan pengambilan kalori jika berat badan anda bertambah secara berlebihan semasa mengandung (sayalah tu…).

Bagaimana mendapatkan nutrisi yang mencukupi tanpa makan secara berlebihan?

Berikut merupakan beberapa tips untuk memaksimakan pengambilan gizi berkhasiat semasa mengandung:

  • Penuhi keperluan nutrisi harian anda seperti protein, karbohidrat, lemak yang berguna, vitamin dan mineral dengan menvariasikan makanan anda. Pastikan apa yang anda ambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan. Pelbagaikan juga makanan dalam kategori yang sama, sebagai contoh, makan sayur-sayuran yang berbeza warna, jenis dan tekstur kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza-beza.
  • Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang berkhasiat seperti minuman bergas, makanan bergoreng dan sebarang makanan yang tinggi lemak dan gula. Sebaliknya, pilih menu yang mempunyai nutrisi maksima/perkalori seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan atau sayur-sayuran.
  • Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya atau yang paling minima pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, beras perang atau roti berbijirin tinggi.

Bagaimana makanan yang diambil dibahagikan antara keperluan ibu dan bayi?

Doktor perubatan masih lagi tidak memahami bagaimana nutrisi yang diperoleh dari pemakanan dibahagikan antara ibu dan bayi. Apa yang pasti, makanan yang diterima oleh bayi anda sememangnya datang dari makanan ibu dan nutrisi yang telah tersimpan dalam tisu dan tulang ibu.

Di masa dahulu, bayi yang sedang berkembang dianggap sebagai parasit yang mengambil segala keperluan nutrisi dari ibunya. Namun, ini hanyalah mitos semata-mata kecuali dalam beberapa kes, contohnya, jika makanan yang diambil oleh ibu kurang kalsium, maka bayi akan menyerap kalsium yang distor dalam tulang dan gigi ibu secukupnya. Jadi, amat penting untuk ibu mengambil susu secara berterusan sepanjang tempoh mengandung.

Pakar perubatan percaya, pemakanan ibu yang kurang berkhasiat akan mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan. Nutrisi yang tidak mencukupi semasa mengandung akan mempengaruhi kesihatan anak anda sepanjang hidupnya.

Kesimpulannya, kesihatan dan perkembangan bayi bergantung kepada amalan pemakanan anda sebelum dan semasa mengandung. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut anda adalah sangat penting. Walau bagaimana pun, sentiasa berwaspada untuk tidak mengambil makanan yang berlebihan kerana ianya akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Cuba ingatkan diri anda, anda sedang makan untuk seorang bayi dan bukannya seorang lagi dewasa di dalam kandungan anda. Pilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti :)


p/s: betul kan apa yg aku cakap..pilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti..hehehe

Storinya...

Assalamualaikum wbt..

Rasanya dah lama tak hapdet blog aku ni.. Tah la, mood still takde, nak buat macam mana..Nak paksa pun xbleh kan....Asik blogwalking je.. Bila tengok blog orang best je..banyak stori morinya.. Jadi mood aku untuk menambah entri telah timbul hari ini..yeayyy!!!!

Tadi aku ke klinik,appointment..Biasala pregnancy process,setiap bulan kn pi klinik.. Bila dah timbang berat terkejut pulak aku sebab naik lagi 2 kilo.. Apa nak jadi ni.. Selera tengah menjadi-jadi pulak sekarang nak buat macam mana.. Tambah-tambah hujan pulak sekarang ni,kadar metabolisme biasa la tinggi..Tahap kelaparan itu sentiasa berada pada tahap maksimum..hahhaha..

So akak misi pun bagi nasihat:

  • kalo boleh control makan,(hahaha mana boleh kalo dah lapar kan)
  • kurangkan makanan berlemak (ok itu harus la ye)
Lagi akak misi cakap kalau berat lebih nanti probability untuk baby jadi besar dan masalahnya apabila time deliver,elok-elok boleh deliver normal tup tup kena ceasar pulak kan..

Seriesly bila dengar part tu memang terasa seram sikit.. Ok saya akan berusaha untuk kurangkan selera makan..hahaha..Takdela,ape la..selera mana boleh kurang..Cuma tahap pengambilan makanan tu terpaksa dikurangkan..Tapi aku ada sedikit compius,nanti xeffect kat baby ke? Takpe bukan tak makan pon kan...Cuma kurangkan quantity dan MAMA kena makan makanan yang berkhasiat...Itu lagi penting..Baiklah!

Pastu tadi kena inject dan ambik darah jugak..Rasanya saya sudah lali dengan jarum...hahaha..Dulu kemain takotnya...Sekarang tidak lagi...Ok, Itu hanyalah ayat iklan semata-mata..hehehe..

My dear baby dah 22 minggu..Kejap je rasanya.. Baby dah start gerak.. Kadang-kadang teruja bila rasa pergerakannya.. Mengusap perut sambil bercakap dengannya seolah-olah gerakannya itu adalah komunikasinya..Subhanallah,syukur aku dapat rasa momen begini..


Thursday, March 17, 2011

Kenapa?

Bila last aku post entri ha?
Fuf..

Aku takde mood.


Aku takde perasaan nak menulis nak menaip

sebabnya......



aku banyak keje nak menulis..Desakan tugas.Titik.


Dan aku rasa sangat semput sekarang..


Aku dah 5 bulan..


Baby dah start membesar. Jadi aku bawak dua beban...


Ok dear baby... duk baik2 tau...Mama nak wat keje..:)



Teruja..Mama?? Sesungguhnya aku bahagia.


Terima kasih Allah s.w.t atas anugerah terindah ini..


Thursday, March 3, 2011

Santai Petang..

Assalamualaikum..

Korang suka tak tengok drama bersiri cina? Korang tak suka??? Aku suka okei.. Sangat suka..Dah jadi habit aku dah.. Entah kenapa sejak dulu lagi aku suka sangat tengok drama bersiri cina/hong kong mali ni..tak kesah la mandarin atau kantonis..dulu siaran kat TV 2 setiap pukul 7..

Aku akan jadi penunggu setia kat depan tv..selalu kena marah dengan mak aku sebab lewat solat maghrib...opps..kantoi pulak..ataupun masa iklan aku terus pi solat...(sesi membela diri) Bila habis satu drama, continue pulak drama lain..memang xpenah missed la..tapi aku dah tak ingat la tajuk drama nya..banyak sangat.. Pastu siap pi sekolah bukak balik cerita tu kalo ada sape2 yang tak tengok..hehehe

Bukan apa jalan cerita dia best dan tambah pulak nga pelakon hong kong ni hensem n comel..hehehe.. Pastu masa belaja kat uitm aku stop kejap sebab dulu mana tv..ekceli tv ada tapi masa tu junior lagi, nak tengok tv pon takut...pastu baru berani pi tengok balik tapi kejap je la sebab bilik aku jauh ngan bilik tv pastu kalau ramai-ramai ni tak semua nak tengok cerita yang sama kan..huhuu..

Dan sekarang minat itu masih menebal dalam diri aku..Apa tidak nya dari zaman remaja riang ria,ke zaman seorang siswi, melangkah ke zaman kerje dan skang zaman dah jadi bini orang dan mak orang pulak lagi aku still setia menunggu cite tu..Sekarang rancangan tu dikenali sebagai Golden Phoenix bersiaran pada pukul 6 petang setiap isnin hingga jumaat di tv2..waahhh aku siap wat promosi lagi kat rtm neyh..dan tajuk cite nya ialah The Tale Of Royal Seamtress..

Cite pasal Qiao Er seorang tukang tenun, seorang yang positif dan bercita-cita tinggi.. Banyak pengajaran cite ni..Okei tu kat bawah ada promo lagi untuk cite ni..Cite ni tak habis lagi..ada beberapa episod lagi..

Ok las..adios..



Tuesday, March 1, 2011

Suatu Renungan...

Hikmah Daripada satu Tamparan

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau
bertemu seorang imam tua ditempatnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba ALLAH dan dengan izin- Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, InsyaALLAH.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan....

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan wujud TUHAN kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya...

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu..., atau macam mana rupanya??

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat wujudNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR.

Pak Imam : dibuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : dibuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...Walaupun Syaitan dibuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika TUHAN berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...



Monday, February 28, 2011

Lagu Pilihan Minggu Ini

SEDETIK LEBIH by Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya




Saya Nak Jadik Penyanyi

Assalamualaikum..

Sebelum korang buat spekulasi,biarla aku berterus terang kat sini tentang tajuk entri di atas.. Bukan saya yang nak jadik penyanyi.. Sebab saya memang dah selalu nyanyi kat rumah saya...hehehe.. Ni meh nak stori sket sal entri kali ini...

Aisey..sejak bila aku tukar profesion jadik pengulas rancangan ni...Maybe pengaruh daripada keje aku..hehehe saje je.. Entah la rasa macam terpanggil pulak nak wat entri kat blog aku ni...ceywahh... Tapi aku bukan pengkritik... Seperti biasa untuk renungan bersama..

Al kisah pulak dengan nak carik protege.. Ramai la yang beratur panjang sebab nak ikuti uji bakat untuk menjadi protege kepada mentor.. Macam2 karenah ye..sanggup menunggu berjam2 untuk tujuan tersebut..korban masa..siap tertido lagi..habis duit tambang..

Tapi kan aku sebenarnya kesian je tengok..ada yang pergi uji bakat tu takde bakat pun.. Pada pandangan aku la.. Memang! Yang boleh nyanyi tu ok la..aku tak kesah..tapi yang memang FAIL terus tu yang jadik masalah..Bukan nak mengata..maybe dia ada sebab tersendiri..hendak mencuba nasib tapi sampai sudah macam tu jugak kena reject,yang sedih lagi siap nangis bagitau kisah masing2,tak ke membuka pekung sendiri..nak ubah hidup..

Bagi aku banyak lagi cara kita nak ubah hidup kita,nak lebih maju..Bukan takat jadik penyanyi je boleh maju.. Cuma kita kena rajin berusaha..Betapa ramainya anak2 muda yang datang uji bakat tu nak mengubah hidup nak jadik penyanyi tapi xde bakat..

Alangkah beruntungnya negara kita kalau yang ramai2 datang uji bakat tu yang nak ubah hidup,nak bantu keluarga,pi cari kerja yang halal..keje kilang,tempat pembinaan,berniaga..boleh bantu negara kurangkan warga asing yang makin meledak kat negara kita tapi takde jugak,boleh pulak beratur panas2,himpit2..Tapi tu la mentaliti orang kita..Susah nak cakap sebenarnya,sebab masing2 ada masalah hidup sendiri..

Ok..tu je..tata..jom nyanyii...:)