Search This Blog

Wednesday, February 16, 2011

Amalan Ketika Mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Sharing is caring.. Entri ni aku copy dari aidura.blogspot.com for myself n for mommy-to-be..thanks aidura..Selamat beramal.. :)

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.


Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.


I LOVE Beading

Assalamualaikum w.b.t

Sejak dua menjak minat aku terhadap beading ni menerjah kembali.. Dah lama aku tutup buku beading ni, sebab aku tau aku takdak bakat..hukhukhuk..(versi sedey)... + masa yg xsempat nk beading.. Aku sebenarnya suka menjahit, tapi entah mengapa la selalu xjadi je..or maybe aku xjumpa saluran yang betul untuk belajar.. Sape nak jadi cikgu aku??? Plss..

Tapi keinginan untuk belajar ber beading ni membuak-buak sekarang.. Tapi tak tahu la kan kot2 hangat-hangat tahi ayam je... Bila jenguk kat blog2 pakar beading ni,terbeliak mata..waahhhh syantiknyaaa...kalaulah aku boleh wat macam ni..kalaulah aku pandai..kalaulah ada orang nak ajor aku..huhuhu banyak nya kalau.....isk3..

Aku nak belajar jahit!!!! tolong...!!! Ada kelas2 yang diorng arrangekan wat masa terdekat ni tp huhuhuu area kl jek aku tengok.. ada kat area kelantan ni tp bulan jun...adoi..bulan jun maybe aku dah sarat...cmanao eden nak belajar..nak bawak perut pn larat ke x???haisssyyy..

Tapi walaupun banyak rintangan yang terpaksa dilalui aku akan gagahkan diri untuk belajar..Usaha tangga kejayaan kan.. Sekarang ni aku terpaksa belajar melalui buku n tengok kat blog pakar-pakar beading..Bolley naikkan semangat aku yang dah makin suam-suam kuku...

Okey...aku akan berusaha..Caiyokk..



Monday, February 14, 2011

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH & AYAT AL-QURAN

(1) BISMILLAH
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA'
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

(21) SURAH THAAHAA
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA'
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin." Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.


Wednesday, February 2, 2011

Al Kisah...

Assalamualaikum...hye..berkesempatan untuk update blog.. Update sikit current issues skrang.. Election kat Tenang dah lepas.. Banjir pulak kat sana... Lepas tu rusuhan pulak kat Mesir.. Macam mana nasib pelajar-pelajar Malaysia kat sana.. Semua terputus,komunikasi dan bekalan makanan.. Yang paling risau semestinya ibu bapa pelajar-pelajar.. Hopefully mereka semua dalam keadaan selamat dan dapat di bawa keluar dari sana secepat mungkin.. Amin..Sama-sama kita doakan..

Ok..hmm well nak masuk entri pulak ni.. So semalam rutin aku macam biasa balik kerja pastu siap untuk masak makan malam.. Resepi nya ialah sayur kailan ikan masin dan paprik ayam.. Amat membuka selera..aku..hehehe..

Resepi paprik ayam tu aku cedok dalam website yang melambak kat internet.. Pilih je yang mana cara masak dia senang sikit.. Klung Klang kat dapur dah siap.. Kejap je.. Bila hubby aku try dia cakap "sedapnya syg" hehehe.. Best kan.. Masa makan pulak siap bertambah lagi hehhehe.. Suka tengok bila hubby makan dengan berselera.. Siap nak simpan untuk makan esok sebab tengahari aku tak balik masak..hehehe...kelakar sungguh..

~First time masak Paprik Ayam~

~Ni la rupa Paprik Ayam aku masak~

Saturday, January 22, 2011

The Making Of Rendang

Entah kenapa hari ni tiba-tiba pulak nak makan rendang... Bukan raya pun..hehehe.. Pembawakan budak kot..hik2... Apa lagi aku pi la menuntut dengan mak aku.. Mintak resepi dan cara buat.. Bukan aku tak tau, tapi dah tak ingat nak buat macam mana.. Dulu penah jugak aku buat.. Hari ni rasa nak makan dan buat sendiri.. Pi pasar cari bahan-bahan nak buat rendang..

Mula-mula konpius jugak..agak-agak menjadi ke tak rendang aku.. Hopefuly menjadi la rendang aku tu..

Pagi tadi makan biskut je.. Jadi letih la nak masak.. Sampai potong daging pun sambil duduk.. Takpela orang pregnant ni memang kena banyak berehat pun sebenarnya.. Berdiri lama-lama rasa lenguh je kaki n betis ni..

Masa nak buat tu sempat lagi wat confirmation ngan mak aku kot2 tersilap.. So bila dah confident terus je aku memasak rendang.. Jadi ke?? Itu je yang aku pikir... Setelah masuk semua bahan-bahan dan yang penting sekali bab gula dan garam secukup rasa.. Adoi..yang tu yang paling aku lemah sikit... Cukup rasa ke tak.. Ke nak bubuh maggi cukup rasa...? hahahha...

Bila dah masuk gula dan garam then rasa...hmmmm alhamdulillah cukup rasa..Tapi macam tak jadi lagi je rendang.. Rasa rendang tu tak rasa lagi.. Hmmm sabar2.. tunggu lepas masuk kerisik then rasa lagi... Alhamdulillah dah jadi rendang.. Everytime aku masak memang ada assistant, so assistant aku tu la yang jadi tukang confirm rendang tu dah jadi rasa rendang..

Pukul 3 baru siap masak dan makan.. Aku makan banyak.. Yela mengidam nak makan rendang tu..Siap bertambah nasi lagi.. hehehe..Yummy..

Wednesday, January 12, 2011

Berdua Lebih Baik~

Hye oll's.. Sepanjang minggu ni aku happy sebab kalau ada rezeki next week aku akan hidup berdua (husband and me)..hehehe.. Kami akan berpindah ke rumah sewa.. Permulaan bagi hidup kami berdua.. Banyak benda yang nak dibuat,yang nak difikir,yang nak dirancang.. All things need to be considered nanti.. Hope everything will be ok..

Pada mulanya memang susah sangat nak cari rumah sewa kat area kota bharu sebab kebanyakan rumah-rumah kosong,owner2 ni pakat wat guest house.. Macam pisang goreng rumah sewa kat sini.. Tapi berkat pertolongan dariNya yang mendengar doa aku siang dan malam,at last dapat jugak rumah pastu berdekatan pulak dengan rumah parents aku..

Nanti kalau ada rezeki nak jugak beli rumah sendiri.. Tapi bila ye..Tahun depan? 2 tahun depan? Hmm bila agaknya ye.. Nak sangat rasa deko rumah sendiri.. Tapi takpela sekarang ni deko la rumah orang dulu.. Nak deko lebih-lebih xleh lagi sekarang sebab pergerakan aku terbatas sekarang,tak boleh wat kerja berat.. Tapi semalam aku siap basuh toilet lagi angkat baldi air...Ish2..dah berapa kali hubby aku pesan nanti dia buat tapi aku ni jenis yang suka buat kerja..hahaha memang la puji diri sendiri..Tapi kesihatan dan diri aku dan baby pun kena jaga kan.. Tak pasal-pasal 2-3 hari ni sakit belakang yang amat teruk...adeh nasib baik ada tukang urut tak bertauliah..hehehe

Oleh kerana exited sangat aku sampai tak sempat nak snap picta rumah aku..Tapi lebih kurang macam ni la rumah aku tu..hehehe Boleh la ekk..



p/s:rumah kat atas tu rumah br siap,masih lagi cantik..hehehe..

Wednesday, January 5, 2011

Diari Hamil~

At last aku beli jugak buku ni bila dapat perkenan dari hubby...hehehe.. Dah berapa kali duk pergi book store tu pas pegang letak balik... Nasib adik yang kat kaunter tu tak perasan...hahha... Tapi semalam aku berjaya habiskan duit aku untuk beli diari cute neyh.. Good investment tau sebab buku ni banyak gunanya.. Thanks Telaga Biru sebab cipta diary ni untuk bakal-bakal mommy macam aku...

Aku capai terus diari tu dan terus pergi kat cashier.. Lebih lucu lagi aku siap inform adik cashier tu supaya xyah seal plastik dia.. Reasonnya aku nak baca terus kat dalam kereta.. Tengah drive pun nak baca jugak.... Exited punya la aku ni.. Tetiba je sampai kat kereta, aku tengok kereta kena blok.. Aduhh kalau kejap xpe la..ada dekat 15 minit.. Nasib baik mood aku baik je kalau tak dah berbuih mulut aku sumpah mamat yang selfish tu.. Tinggal kereta sesuka hati mak bapak dia... Eh entri ni pasai diari hamil tu bukan sal mamat selfish tu yer.. Ok back to my story, jalan pulak jem,biasala balik keje..so sempat la aku menggodek buku tu seround dua sambil tersengih-sengih... Macam dapat bunga dari secret admire je..Hahaha..

Sampai je kat umah aku terus baca.. Tak sempat habis satu muka surat terus belek belakang.. Hahaha.. pastu tutup balik.. Alamak sayangnya nak baca.. Apa ke hal la ko ni...heheehe... Nanti la baca, nak tunjuk kat hubby dulu malam ni.. Memandangkan diari ni bagus bagi aku,aku terus MMS diari ni kat kawan aku yang seangkatan denganku... Aku tau kawan aku mesti suka diari yang cute2 macam ni..Sharing is caring!!

Bila baca diari ni hati jadi tenang.. Mood ok je.. Thanks pada penerbitnya..telaga biru sekali lagi..

So kat bawah ni aku ambik picta sikit sal diary aku yang cute neyh..