Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Tahniah Syura ~Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim II

Salam..

Tahniah Syura..Walaupun tak dijangka pada mulanya..Yet untuk jadi calon juara pun..Kalau musim pertama hari tu dah nampak dah Dato' Fazley dia punya bakat..Well rezeki masing-masing..Apa-apa pun Cik Ta memang pandai masak..hehehe

foto from ohbulan.com

Ok,semalam jugak aku jadi masterchep..hahaha..Haa aku kalo period mesti tak berapa nak selera kalau makan nasi..Tekak tak terima..Tapi kalau hari-hari biasa pantang tak jumpa nasi resah gelisah dibuatnya..Ish nak diet cmana kan..hehehe..

Semalam tekak ni duk kempunan nak makan spaghetti..Biasa buat bolognese..Tapi semalam macam boring la pulak..Try google pasal pasta n spaghetti terjumpalah carbonara..Ohhh bestnya nampak,creamy n melting je..hahaha bagus untuk menternak lemak..hahha

Ok carbonara malam ni..Balik keje terus ke Billion Shopping Centre cari bahan-bahan..

Malam tu terus nak buat ni ..Encik suami pulak katanya nak makan nasi..okaylah,duk terpikir-pikir pulak tak jadilah nampaknya carbonara mak...

Tapi oleh kerana tahap mengidam aku ni tak boleh nak kata tidak (kalah orang mengidam masa pregnant,ohhh aku tak mengidam apa-apa yang pelik pun masa pregnant,alhamdulillah) tetiba teringat ehehhe..

Jadi aku pun jadik la chef jugak malam tu bertanding ngan syura n celina..hahaha..tapi juri aku hubby n little aleesya je hikhikhik n for sure menang..hahaha

Inilah rupanya..Spaghetti Carbonara..Nak resepi?? Boleh..Kat bawah ye..Tapi aku tak ingat kat mana ambik resepi sebab banyak sangat resepi aku pilih..terlupa pulak..Tapi aku xdela ikut exactly resepi tu..Campak-campak je..hihiihi..Resepi ni sebagai guidelines sahaja..kan..korang google je resepi Spaghetti Carbonara ni mesti berduyun-duyun yang keluaqq...


Spaghetti Carbonara



Bahan-bahannya


Spaghetti  direbus


1 tin Prego Carbonara Mushroom


3 biji shitake mushroom (aku pakai cendawan butang dalam tin tu)- dihiris


bawang putih - dicincang halus


 ayam


1/2 cawan susu segar (tgk kalau nk pekat pandai-pandaila bajet ek)


Olive oil (i guna minyak jagung je)


Parsley flakes (kalau ada.. x de pon takpe)


Black Pepper


Chilli flakes (aku takde.. kalau ada lagi sedap!!!)
Aku letak lada benggala je 
Aku tambah sedikit parmesan cheese...hehe





Cara-cara:-


Panaskan sedikit olive oil.. tumiskan bawang putih sehingga wangi.. kemudian campakkan hirisan ayam..kacau rata.. bila ayam dah masak masukkan mushroom.. kemudian.. masukkan Prego Carbonara Mushroom.. kacau rata.. kuah agak pekat maka boleh lah letak fresh milk lebih kurang 1/2 cawan.. atau agak-agak lah ikut kepekatan yang diingini.. tabur sedikit black pepper.. dah siap angkat dan curahkan di atas spaghetti anda.. taburkan parsley chilli flakes atau pun parmesan cheese..kalo ada..siap..

Wallawehh..sedap..Husband aku makan sampai licin,walaupun dah makan nasi pukul 8 tu..Ingat nak bawak pi opis pagi ni..hihihihi..

Monday, June 24, 2013

Me And Felt Craft ~ Sarung Bantal

Assalamualaikum wbt..

Hari ni mood molek nak letak hasil kerja tangan aku kat sini..Aku ni wat kraft ni part time je..Kadang-kadang lambat siap bila orang tempah..So sekarang ni aku limitkan aktiviti kraf aku sebabnya takut tak terbuat..Tambah-tambah anak dah makin membesar ni, makin banyak ragam dia..So kalau aku duk spent masa wat kraft ni kan terabai pulak anak dan suami...hihihiihi

Actually takdela macam tu sekali..Anak baru sorang je kot..Tah la aku ni tak pandai nak manage masa kot..Masa 24/7 sehari tu rasa macam tak cukup nak wat keje-keje rumah ni..Kalau time cuti hujung minggu dari pagi bangun kemas rumah,jemur kain,nak gi pasar,pastu nak masak,nak tidurkan anak lagi. Itu tak ambil kira yang anak pee poo pulak pastu yang nak menyusu lagi..haa kan dah terpanjang lebar pulak

Okeh,kat sini nak tunjukkan sarung bantal yang aku buat tu..Macam-macam design..

 Order dari tie kawan masa UiTM

  Order dari tie kawan masa UiTM

 Order Misah kawan sekolah

 Order Misah kawan sekolah
 
 Order kak mila senior UiTM

 Order kak mila senior UiTM

 Order k.nor kawan kakak aku

  Order k.nor kawan kakak aku
Order yatt kawan di terengganu

Semua design tu atas kehendak customer..Thanks ye semua pada yang order..Semua barang dah selamat sampai kat tangan tuan dia..hehehe

Sunday, June 23, 2013

Me And Anggun

Assalamualaikum wbt..

Hello hello hello...apa kabar semua..Ada baik..Alhamdulillah hopefully semua sihat2 ye..Aku,alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt dan masih diberikan peluang untuk berada dibumiNya..Terima kasih Ya Allah..

Ni dah habis walkaton dh ni..Duk tunggu apa aktiviti seterusnya..Sambil-sambil minum air..hehe

Sebut pasal sihat,semua nak sihat kan..Aku pun nak sihat..Memang aku sihat,realitinya nampak la sihat..tapi kalau dilihat dari segi kesihatan "sihat" aku ni xberapa elok..Sebabnya BMI aku dh mencecah 25.4 = overweight..What????? Ohhhh nooo...

Dulu berat 55kg je..Sekarang dah 62kg..Alamak..


Apa nak jadi, apa nak jadi..sampai sekarang tak turun lagi..hahahahooiiii..

Bukan aku tak usaha nak turunkan..Aku dah, aku dah cuba minum SDII kawan aku Yatt (JAN Terengganu) jual..2 tin dah aku consume tapi degilnya lemak tepu ni tak nak turun juga..Lemak ni bukan takat degil anak dah..dah sampai degil bapak dah ni..hari tu lepas consume rasa macam ringan jugak tubuh walaupun berat tu xnampak sgt turun tapi aku rasa ada perubahan..Yela tubuh kita kan..Tapi bila dah kembali kepada rutin biasa ni..Jadi balik la..xkonsisten pulak diet aku dan yang paling utama sekali masalah aku ialah tak berdisiplin.. Camana tu,kalau diri sendiri tu dah tak berdisiplin macam mana nak buat kan..Ko beli la produk apa-apa pun kalo ko xberubah duk macam tu la jugak kiah oiii..Oit aku bukan kiah..Cettt hehee termarah diri sendiri sebab dah habis banyak tapi berat tak turun2 jugak..

Semua gembira setelah berwalkaton..hihihi

Aku kan keje bawah KKM so ada rasa bersalah jugak la kalau xjaga kesihatan..hahaha..So start tahun 2013 ni Pengarah JKNK ada melancarkan Program Anggun untuk semua kakitangan..So setiap bulan pasti ada aktiviti untuk kakitangan-kakitangan keluarkan peluh,beriadah dan bersenam..Aku pun join gak la sebab kalau nak tunggu aku buat sorang2 payah jugak la..Kalau reramai ni seronok la jugak kan..

Tema kaler group kami ialah Purple @ Ungu @ Putih Setar..hahaha ore kelate panggil

Actually aktiviti ni dijalankan sebulan sekali dan dibahagikan kepada Unit2 Kecil. Jadi kalau kami di seluruh Kota Bharu ni ada 12 unit so setiap bulan unit2 ni akan bergilir-gilir buat aktiviti yang boleh keluarkan peluh dan yang penting dapat kuruskan badan. Ha, yang bagusnya dari awal tahun berat badan,tinggi serta BMI telah diambil dan setiap bulan berat kena timbang dan kena report kepada penyelaras..Sampai akhir tahun kalau ada kakitangan yang berjaya turunkan berat badan boleh dapat hadiah ye..Wah bestnya..Tapi sepanjang Januari hingga Jun ni aku rasa berat badan bukan setakat turun berkilo-kolio tapi yang naik berkilo-kilo adalah...Haiiiiihh..Nak gelak pun ada..Tapi korang tau,bukan aku sorang je malah ada la jugak staf2 kat sini nak menunjukkan penurunan tu amatlah tipis sekali..

Setakat ni program yang dijalankan ialah Walkaton,Senamrobik,Senamtari dan Futsal..Tujelah aktiviti yang boleh melibatkan orang ramai..Aku kalau senamrobik dan senamtari ni semangat sangat..Tapi turun tu yang tidak..hahaha

Oleh kerana ofisku ditempatkan di Pejabat Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian jadi aku (Unit Audit Dalam Kesihatan) kena la jugak join bawah Bahagian Pergigian..Kami UAD bertiga tapi biasanya aku jelah the one and only yang join.. Wakil la katakan..Nampak la jugak aku menyumbang..hahaha..

Half of the kakitangan Bahagian Kesihatan Pergigian..Yang berdiri di belangan dua dari kiri pakai tudung purple tu la Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian..

Wednesday, April 17, 2013

Oh My Darling!!!

Assalamualaikum wbt..

Hari ni rasa macam nak cuti je..Sebabnya teringat kan Aleesya..Semalam termarahkan dia..Terkuatkan suara..Terjerkah dia..Tak sengaja..Orang kata kalau nak marahkan sesuatu jangan duk dekat ngan anak..Tapi takkan la aku nak berkurung dalam bilik pulak..


Termarahkan dia..cepat-cepat peluk dia..Kita pulak yang merembes airmata..Dia pulak tepuk belakang kita..Pelik tengok kenapa mamanya menangis..Tapi semalam selagi tak lepas peluk..dia pun duk diam je..Maybe faham maybe tidak..

Nah..hari ni macam ni lah..Lemau,sedih..Aku pun dah satu hal..Memang salahkan diri sendiri..Nak marahkan nyamuk,kelambu pulak dibakar..

So mommies..kena tingkatkan kesabaran bila berhadapan dengan anak-anak yang masih kecil ini..Kadang-kadang kita faham apa yang dia nak..Dia pulak tak tau nak explain macam mana kat kita..

Macam Aleesya,vocab dia kalau nak sesuatu dia sebut..

1.  air air air - kadang-kadang memang betul dia nak air tapi kadang-kadang bukan
2. kuk kuk kuk - Biskut,nasi whatever jenis makanan ataupun nak suruh buka vitamin dalam bekas..
3.pin pin - Nak tengok tv sambil-sambil hulur remote - biasa tengok upin ipin,kadang-kadang cerita lain pun dia panggil pin pin..So jadi jenuhla nak next kan cerita yang mana satu dia nak..
4.Shi - pakai kasut..orang ajar shoe dia sebut shi..:)
5.Yeay pai - yeay sampai (bila naik kereta dan berhenti kat mana-mana dia akan cakap yeay pai..cute.
6.Ball - ball dah boleh sebut bola
7.Cat - cat is kucing kadang-kadang yyeowww..hehehe wat bunyi sekali
8.aa-il- mail 2 singgit dalam upin ipin..hahaha aku tak tau dalam ramai2 watakk upin ipin dia boleh ingat mail...

Tu je yang aku ingat setakat ni..Ada lagi yang dia boleh sebut kalau time dia tengok upin ipin tu..Pandai sangat imitate cerita upin ipin..Kalau duk dalam bilik boleh lagi wat aksi sama yang kat dalam cerita..

Suka sangat menari..Lagu Oppa Gangnam Style tu..Pantang dengar muzik tu ha menarilah dia..Pantang jumpa pak sedara dia,dipasang lagu ha menarila dia..Sambil buat tangan ala - ala Psy tu..

Oh my darling..

Sunday, April 14, 2013

I Hate BULLY

Assalamualaikum wbt..

BULI..yess..hanya empat perkataan tapi kesan dia memang besar.. Ada kesan baik? No, hanyalah kesan buruk..For me la..Tak tau la pulak kalau korang rasa buli ni boleh bagi kesan baik atau positif kepada masyarakat atau kepada diri sendiri..
 
Seperti yang sedia maklum kes buli ni memang banyak dah terjadi..Tapi yang membuatkan aku tulis post adalah tak lain tak bukan sebab kes buli yang sedang hangat di perkatakan minggu lepas..Oh no no no..Please don't do this again ye adik-adik..Actually aku memang tak boleh nak tengok video-video keganasan ni..Dera kanak-kanak,dera isteri..Tak boleh,yang real punya la..Kalau yang kat dalam drama tu boleh tengok tapi sipi-sipi jela..
 
Bagaimana ye nasib remaja yang dipukul tu..Cederakah dia..Kesiannya kan..Apa perasaan ibu bapa dia..Adik beradik dia..Kesian sangat..Kalau aku lah sebagai kakak menangis aku kalau adik aku diperlakukan begitu..Sudah lah dibuat macam punching bag diorang, diambil video dan diupload pulak..Kemain korang ye bergalok suka bila pukul orang dan yang menengok pulak sangat seronok ya..Aku tak tau la sama ada korang memang seronok ataupun buat-buat seronok..Al maklum la kan sokong kawan..Kalau tak sokong kot-kot nanti korang pulak yang kena bantaii..


Adui tak abis lagi aku rasa kesian kat budak itu..Sakitnya dia...Semoga dia dihindar dari kecederaan yang serius dan tak trauma..Dan yang pasti dapat sekolah dan belajar seperti biasa...
 
Kadang-kadang aku pikir budak yang pukul tu apa motif dia sebenarnya..Hanya melepaskan geram atau nak tunjuk HERO ataupun semua pakat nak jadi Lan Todak (JUVANA).. Dia tak pikir ke kesan dia lepas tu..Ohh tak sayang masa depan sungguh la haii..Tapi yela,kalau dorang pikir tak kan la jadi kes macam tu..
 
Masa tersebarnya video tu,sekejap je orang ramai share FB budak-budak itu..Siap ada address blog lagik..Aku sempat la jugak bukak blog budak-budak..Dari tulisan dak-dak ni takdelah menunjukkan ada ion-ion Lan Todak.. Itu yang aku heran..Dari mana datangnya semangat Ironman dia..
 
Adik-adik sekalian,mak ayah suruh sekolah,pergi la sekolah..Tuntutlah ilmu dahulu..Sebelum buat perkara-perkara tak berfaedah ni pikir dulu 150 juta kali bak kata Ainan Tasneem tu..Pikir jugak kesusahan mak ayah adik-adik membesarkan korang..Berhabis duit untuk sekolahkan adik-adik..Berhabis duit membeli uniform sekolah dan juga buku-buku sekolah..Tolong ambil kira perkara perkara ini sebelum adik-adik nak buat perkara-perkara salah..
 
p/s: Ini adalah personal opinion aku..Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan..

credit photo:google.com

Wednesday, April 10, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua

Assalamualaikum wbt

Tak sabarnya..Masterchef Malaysia Musim Kedua akan ke udara tak lama lagi..Jangan lupa saksikan..:) Cik Ta pun ada haiihh..Sedap dak Cik Ta masak ni..hehehe