Search This Blog

Monday, November 29, 2010

Memasak

Salam...agak lama jugak menyepi blog ku tanpa new entri... As usual.. Agak bz dengan keje..Ya betul..2 minggu aku di PKD Pasir Mas...melaksanakan tugas ku sebagai auditor..Waahh banyak plak intro melalut ni...Tak de masa nak menulis..BAlik rumah plan nk rehat je..Letih weii...siyes..pastu dengan break raya haji plak..pastu sambung pulak keje di Pasir Mas..Kadang-kadang boring jugak..Tapi nak wat mcm mana dah tanggungjawab...mm kan..

Sekarang ni usia perkahwinanku dah nak masuk 3 bulan...Tapi aku still xdapat cari rumah sewa.. Tapi Bukan itu yang aku nak stori kat sini..

Aku dah pandai masak....hahaha, pandai ke? Takdela bukan pandai cuma dari yang simple aku boleh la buat yang lain2..Bukan apa,tugas sebagai seorang isteri kena la pandai masak..Opps instead of pandai masak better la TAHU masak kan...Nak jadi pandai tu aku tak tau la bila.. Tapi kalau TAHU masak tu, dah tahu la sekarang..Apa yang aku tahu masak..Ala benda simple jek ek..

  1. Masak nasi (Memang sejak dl lg okei)
  2. Goreng ayam,ikan bla bla bla (simple kan hahaha)
  3. Sayur,kailan ikan masin...(dapat pujian tau)
  4. Daging Black Pepper (Opps yang ni yang aku nak stori)
  5. Meatball (Br buat sekali)
  6. Tom Yam
  7. Pizza (Kannnn...pandai tak aku?? sedap lagi)
  8. Apam (Kdg2 jadi huhuuh)
  9. Puding Gula Hangus (Ni pun sdp gak)
  10. Puding Triffle (Hmmm sgt lazat)

Takde la banyak sangat kan..Tapi aku bangga dengan diri aku sendiri..At least aku usaha untuk belajar kan..Hmm xpela kan simple pun..

Kuih Apam :)

Daging Black Pepper :)

Monday, November 1, 2010

Tragedi Oktober

Salam..hye all..just got time 2 visit my blogg...after setel segala tugasan..mmm pejam celik celik pejam dah 1 November 2010..cepat sungguh masa berlalu..lagi sebulan masuk tahun 2011..dan bulan November ni banyak pulak jemputan kawin member...4 jemputan, nasib baik x clash dan diadakan pada hari cuti, so kalau xde hal kena la sampai..kawan punya big day, so kita kena la datang utk memberi sokongan..kan..??

Ok,cerita lain pulak..stories of october..normally, at that selalu je xberkesempatan nak update so bl dah masuk bulan lain br la berpeluang nak mensharing...

Tragedi Oktober..cess macam lagu awie la pulak.. sebetulnya bulan lepas musibah telah menimpa adik aku di gua musang..rumahnya dinaiki pencuri bangang..laptop,duit rm500, rokok n lighter pn dikebasnya...gile bangang..Tapi nak wat camana dugaan dalam hidup kena terima. setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya..

Jadi untuk beri semangat kepada dia dan isteri kami sekeluarga sama2 konvoi ke gua musang.. Sambil2 melawat rumahnya.. *erghh giler jauh Gua Musang ni. Aku rasa masa aku duk berulang dari Kuala Terengganu pun xjauh macam ni..

Lawat2 jgak..pagi soknya ingat nak balik kb terus tapi ayahanda pulak tukar plan ajak naik cameron...wahhh pucuk dicita ulam mendatang la bagi kanak-kanak sekalian..hehehe..Bestnya,aku suka pegi,dl sejuk sekarang dah tak sejuk..Tapi aku still suka... Bila dapat rasa angin bertiup di sana wahhhh nyamannya..mmmm bila lagi dapat ke sana..

Untuk aku boleh la djadikan mini honeymoon.. Aku masih belum berpeluang untuk berhoneymoon lagi...Entah bila nak pegi ni.. AKu tak pandai nak plan holiday ni...cmana ye..

Jadi..layan saja pictures snap di Cameron Highlands..daaa




bie n me...

amik gmbr dengan goodies strawberry...:)

bie tgh beli sayur

fresh flowers from cameron

keychain wat kenangan dtg ke sini...

Monday, October 4, 2010

Kerja!!!!

Salam...hye..berpeluang buka blog so aku coretkan je la sesuatu kat sini..hari ni dah start pengauditan di PKD Pasir Puteh.. Yeay, dapat keluar dari suasana ofis..Duk kat ofis je boring jugak, kena la keluar cuci-cuci mata...hehhee..Tapi duk bertapa kat ofis orang lama-lama pun tak best juge kan...ish macam-macam..
Dalam 1 jam jugak la kalau dari bandar kota bharu ke Pasir Puteh.. Bermula dengan entrance meeting dan selepas itu kerja pun berjalan sampai la habis mengaudit dalam masa 2 minggu lebih kurang dan berakhir dengan exit conference..
Terkebetulan pulak hari ni, masa nak jumpa pegawai kat sana ada la sorang tegur aku..La...kawan aku masa sekolah menengah rupanya,baru report duty kat sana..hehehe..
So selama dua minggu ni aku akan berkampung di sana la... Kena bawak lappy kalo tak boring la kat sana kan... Dah xpayah nak bawak PKPA n AP..hahaha..berat sehhh...

Tuesday, September 28, 2010

Love You....

Just want to dedicate this to my dearest hubby..



Everyday I Love You

I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.
It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you
If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you

Sunday, September 26, 2010

New Life

SAlam..Boring yer duk kat opis sekarang..Sampai aku tak tau nak buat apa..Report dah buat tunggu respond daripada bos dulu.. Sama ada perlu tambah atau delete yang mana xpatut..hehee..
Sedar tak sedar dah 2 minggu dah aku berkahwin dan menjadi seorang isteri... RAsa macam tak percaya je.. Tah kenapa, aku rasa hidup aku macam biasa je,sebelum dan selepas menjadi seorang isteri.. Cuma yang lainnya rumah aku dah jadi dua.. Rumah aku dan rumah mertua.. Yang lainnya sama je.. BAnyak hati yang perlu di jaga.. Hati husband.. Tak boleh nak ikut hati sendiri, kena jugak fikir hati husband tercinta jugak.. Ye la, bila dah jadi husband & wife ni tanggungjawab masing2 sudah berubah..
LAtely, aku tengah mencari-cari rumah untuk kami.. Ye la kan, kami dah berumahtangga jadi alangkah baik jika kami berdua dapat belajar berdikari dan aku juga dapat belajar untuk uruskan rumah tangga..hehehe.. Tapi tak boleh tergesa-gesa... Kalau ada rumah yang sesuai, jarak dari tempat kerja pn ok, selesa, selamat dan berpatutan boleh la dipertimbangkan..kan..ok :)


Thursday, September 23, 2010

12 September 2010

Salam..aku akan coretkan sedikit sebanyak apa yang berlaku pada tarikh bersejarah itu..
Selepas solat subuh,aku mula mengemas bilik.. Mengantuk lagi sebenarnya dan rasanya mau tidur saja tapi aku batalkan niat itu memandangkan hari ini aku akan menjadi raja sehari..hehehe bak kata orang la...

Aku akan mula dimake overkan pada pukul 9.30 am..Awal kan,xtau la nk smpai ptg mcm mana.. Oleh kerana akad nikah pun on the same day ngan sanding tu sebab kena mekap awal,akad nikah pada pukul 11am di Masjid Al Husna...

Tepat pkl 11.45am aku diijabkabulkan dan tiba2 pulak rasa sebak.. Xtau kenapa..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan akhirnya aku dah memegang title ISTERI..mmm aku xtau perasaan aku mcm mana waktu itu..Gembira,sedih,terharu dan banyak perkara yang aku fikirkan.. huuhu

Majlis persandingan pula bermula pada pukul 3.oo pm..Tercapai jugak impian nak duduk di atas pelamin...Tak sangka pun ada..JAdi itu la sedikit sebanyak coretan pada majlis perkahwinan aku..Kahwin jugak aku ye..ehehehe..aku masih lagi tak percaya sebenarnya..

Bila aku sedar aku sudah bergelar seorang isteri kepada seorang suami, terdetik pulak dihati aku adakah aku dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri nanti??? Aku berharap dan berdoa agar aku dapat menjalankan tanggungjawab aku kepada my dear husband dan menjadi seorang isteri yang baik yang dapat menggembirakan dan melengkapkan hidupnya..Amin...


MY BIG DAY

SALAM... walaupun agak terlambat untuk aku post entri tp aku postkan jugak untuk tatapan & kenangan di masa depan...

Hmm..kepada kawan-kawan yang tak dapat kad aku, aku mintak maaf banyak2...disebabkan kad lewat siap, aku ke putrajaya seminggu, di pasir mas 2 minggu sampai xsempat nak bagi kad..Nasib baik ada facebook,just jemput kawan2 kat situ..Tu pun ramai jugak yang tak tertag..Adeh...Sorri sangat kawan2 ku..

Terkilan jugak sebab ramai yang cakap sampai hati xjemput dia.. Bukan aku taknak jemput tp bnyak berlaku kekangan.. dan satu hal pulak,bl dh anta kad tp at last xdpt datang pulak..adoi...mcm2 la..hehehe..sbb majlis aku pada raya ke 3 so maybe yang ada plan sendiri.. Aku faham...

So, hari bersejarah aku ialah pada 12 September 2010 di mana pada hari itu aku akan diijabkabulkan dengan My Dear Hubby Ahmad Zakimi dan pada hari itu jugak aku akan bergelar seorang isteri..:)

Finally...setelah 4 tahun kami menyulam kasih..uWaaa ayat kalah mama juwie nih..Alhamdulillah, ada kesudahan jugak hubungan kami..Syukur kepada Mu Ya Allah...