Search This Blog

Thursday, September 23, 2010

12 September 2010

Salam..aku akan coretkan sedikit sebanyak apa yang berlaku pada tarikh bersejarah itu..
Selepas solat subuh,aku mula mengemas bilik.. Mengantuk lagi sebenarnya dan rasanya mau tidur saja tapi aku batalkan niat itu memandangkan hari ini aku akan menjadi raja sehari..hehehe bak kata orang la...

Aku akan mula dimake overkan pada pukul 9.30 am..Awal kan,xtau la nk smpai ptg mcm mana.. Oleh kerana akad nikah pun on the same day ngan sanding tu sebab kena mekap awal,akad nikah pada pukul 11am di Masjid Al Husna...

Tepat pkl 11.45am aku diijabkabulkan dan tiba2 pulak rasa sebak.. Xtau kenapa..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan akhirnya aku dah memegang title ISTERI..mmm aku xtau perasaan aku mcm mana waktu itu..Gembira,sedih,terharu dan banyak perkara yang aku fikirkan.. huuhu

Majlis persandingan pula bermula pada pukul 3.oo pm..Tercapai jugak impian nak duduk di atas pelamin...Tak sangka pun ada..JAdi itu la sedikit sebanyak coretan pada majlis perkahwinan aku..Kahwin jugak aku ye..ehehehe..aku masih lagi tak percaya sebenarnya..

Bila aku sedar aku sudah bergelar seorang isteri kepada seorang suami, terdetik pulak dihati aku adakah aku dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri nanti??? Aku berharap dan berdoa agar aku dapat menjalankan tanggungjawab aku kepada my dear husband dan menjadi seorang isteri yang baik yang dapat menggembirakan dan melengkapkan hidupnya..Amin...


1 comment: