Search This Blog

Tuesday, April 27, 2010

'The Engagement'

Salam..hye semua..lama xupdate blog..penyakit malas..hehehe.. Actually, xde apa yang aku nk share,tp oleh sebab sedey tengok blog aku yg xupdate ngan entri baru so apa salahnya aku share sket kan...
Taraa..picture taken masa majlis pertunangan aku pada 22 September 2009..Detik yang sangat bermakna bagi aku sbb status telah bertukar hehehe...Bukan xnak bgtau cuma aku xnak expose je..malu la konon..hihii..xla sebenarnya ms tu aku xde blog lg...

Masa ni jugak aku berdebar-debar..Maklumla nk jumpa keluarga bakal mertua..Aduh...There's a butterfly in my stomach...Really,rasa macam xnak keluar bilik je..Tapi nak tak nak kena jugak la..Malu pun ada sebab ramai orang tengok..Ni baru bertunang, kalo kahwin nanti aku xtau la..Mintak-mintakla aku tenang masa tu...Amin...

~A Memorable Moment~

"Our Sweet Moment"

Hmmm kat sini ada gak gambar aku dengan my hubbie..bila nak makan nasi minyak pulak ye...Doa-doakanlah kami ye..:)

Sunday, April 4, 2010

5 Weeks at AAN-Part 3



Salam..

Mood yang baik untuk menulis..hehehe.. Seterusnya aktiviti aku di AAN ialah outing ke Seremban.. Thanks to Pengurusan AAN coz membawa kami berjalan-jalan di Seremban especially aku la yang first time sampai kat situ..

Actually bukan jalan2 kat Seremban pun, tapi jalan2 kat J.J Seremban 2 coz ada Bowling Tournament antara group... 10 group semuanya.. Best sangat main bowling ramai2 macam tu.. Yang paling best group aku iaitu SWIFT dapat 2nd place (if im not mistaken) hahaha sorry kalo aku silap fakta.. Janji group aku menang jugak..


5 Weeks at AAN-Part 2

Salam..

Seperti yang dijanjikan.. 5 weeks at AAN-Part 2 kembali sudah.. Masa kat Induksi, kami mempunyai jadual yang cukup padat.. Kelas start dari 8.30 am - 10.30 pm dari Isnin - Jumaat.. Kelas sampai malam tuh..Letih + Ngantuk sgt.. Then petang2 kami tido.. Tidak!!! Tidak sekali2..hehehe...Waktu petang pulak ada aktiviti riadah..ada macam2 aktiviti sukan yang telah diarrangekan oleh Biro Sukan dan dibantu oleh Urusetia Sukan iaitu En Khairudin..

Game2 seperti volley ball,futsal, dan badminton.. Perlawanan di antara kumpulan masing.. Sangat letih dah lama xmain tp sangat enjoy walaupun tak menang..Kat sana jugak first time aku main futsal.. Wah baru aku tau game ni tersangatlah letih.. Kali kedua main, dua kali aku terjatuh,seluar koyak kat lutut n salah urat lagik..seb baik tak melarat...

Antara pictures2 yang diambil masa sukan...hehehe enjoy!!!


Wednesday, March 31, 2010

5 Weeks at AAN-Part 1

Salam semua..asal nk update blog je ngantuk..haisy..tp akan ku kuatkan semangat demi blogku yg dh lama menyepi.. Well, aku dah balik Kursus Induksi 27 Mac.. BEST SANGAT!!!! Rindu kat AAN..

Malas nk ckp banyak, kt sini aku letak gmbar group aku masa Induksi yang diberi nama SWIFT..hehehe Nama kereta idaman aku tu...So kami terdiri dari 8 orang ahli, 2 orang lelaki dan 6 orang wanita..hehehe..Amat berharga persahabatan kami dan amat berjaya AAN buat Team Building sehingga kami betol2 rapat sampai sedih sangat nak berpisah...huhuhu sedey...

Program Induksi kali ini start dgn Team Building/Group Dynamic..Banyak aktiviti yang terlibat iaitu presentation dari kumpulan masing2 setelah selesai membuat rekaan logo dan, bendera, nilai-nilai murni.. Then, aktiviti Team Building diteruskan lagi dengan games..Antara game ialah Bridge Over The River Kwai(Swift No 1-cayalah), Tallest Tower (Akhirnya runtuh jgk),Fire House dan Animal Farm (bunyi mcm kat dlm zoo)..Masa Team Building banyak yang aku belajar, dari Senyum Tiga, Salam touch n go, skala 10-0..Amat berharga..

Tidak lupa juga aktiviti Treasure Hunt, kumpulan Swift adalah group pertama yang sampai di checkpoint yang last sekali.. Tapi yang sedihnya kami lambat jumpa harta karun. Last2 aku jumpa jugak atas bantuan fasi..

Dari kiri: Kak Bani, Atie,Murni,Pak Lah,Faiz,Aku
Duduk kat bawah: El dan Reen



Gambar diambil setelah kami selesai melakukan Obstacle2 yang memang adventure.. Macam latihan askar pun ada..Obstacle2 yang kami berjaya tempuhi ialah 3 bins, Master Pail, Bulb Wire,Igloo,Rocking Lock,Balancing Bridge,12 feet Wall,Tarzan Swing,Jln Atas Tali (aku xingat nama saintifiknya),Bomba,Cargo Net,Spider Web,Roda Impian.

Amat bangga dengan diriku sendiri sebab secara individunya aku berjaya melakukan Obstacle..hehehe

Itu saja untuk kali ini..Akan ku updatekan lain kali jika ada masa terluang..

Thursday, February 11, 2010

Cuti!!!

Hye semua..waaa saat ditunggu telah tiba..next week cuti (Ahad & Isnin) sempena CNY, so lama la sikit sebab gabung sekali dengan Jumaat & Sabtu..Bestnye.. Cuti ni jugak kakak aku n her family yang kat Selangor balik..lama gak xjumpa ngan anak-anak buah aku yang dok jauh ni..tambah2 si kecil Nur Aleena..haisy,dah besar ke ek? Masa dia balik cuti Hari Raya Aidilfitri ari u masih baby lagi..

This coming holiday jugak ada family gathering kat Perdana Resort..tapi macam rushing je sebab ada event lain pulak lepas tu..Event penting..mmm,hopefully semuanya berjalan lancar..Ok that's all,segala picturesss pada event2 tersebut aku updatekan nanti yerk..maybe lepas cuti..hehehe..Ok selamat bercuti you alll...daaaa..

Wednesday, February 10, 2010

Kursus Induksi

Salam..hye semua..aku xtau good news or bad news..Pada khamis lepas aku dapat surat jemputan menghadiri Kursus Induksi JAN pada 22 Februari 2010 - 25 Mac 2010 di Akademi Audit Negara Nilai Negeri Sembilan.. Pergh lama giler kursus ni..Sebulan gak la..Kursus ni merupakan salah satu syarat bagi pengesahan dalam perkhidmatan untuk pegawai-pegawai Audit.. So by hook or by crook,aku kena pi jgk la..

Bila fikirkan tentang aktiviti n ilmu yang akan diperolehi masa kursus kira ok la,nak gi..tapi bila teringat tempoh masa yang agak lama berada di sana aku terasa agak mmm susah nk diexplainkan perasaan buat masa ini..Aku harap tempoh sebulan itu cepat berlalu dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan..(hopefully!!).

Aku ada gak tanya senior2 yang dh pegi Kursus Induksi before this.. Diorang cakap best..mm hopefully aku enjoy berkursus n menimba ilmu dalam bidang pengauditan ni. Adios.

Thursday, February 4, 2010

A New Beginning~

Hye semua.. kan aku ada bgtau masa aku demam aku sempat lagi beli tudung bawal kosong n benang sulam tangan..hehehe, my new hobby..aku teruja sangat tengok kesenian sulaman (benang dan manik) Lagi bangga bila tengok ramai wanita-wanita especially kaum-kaum ibu ni siap belajar n masuk kelas sulaman untuk belajar lebih lagi tentang sulaman ni.. dan ada mereka yang berjaya menjadi bussinesswoman dengan hanya mengambil upah menjahit manik pada baju-baju kurung/kebaya dll serta membuat sendiri sulaman tudung pada tudung bawal.

Aku begitu tertarik melihat kehalusan dan kekreatifan diarg semua melakar design pada baju2 dan tudung..Ada yang buat blog sendiri dan bila dah berjaya antara mereka shared design masing2..Ada pula yang sanggup berkongsi idea dan membuat kelas sulaman kepada sesiapa yang berminat untuk belajar seni tangan yang sungguh indah ini..wah ayatku sama macam org buat dokumentari pulak.

Oleh kerana asyik sangat aku melihat kecantikan design sulaman tangan ni membuatkan aku berusaha untuk belajar dalam bidang sulaman..Tapi aku belajar melalui buku dan internet je.. Masih tidak berpeluang untuk mengikuti mana-mana kelas sulaman sebab clash dengan kerja dan kebanyakan kelas sulaman diadakan di KL shja.. Kalau nk request kelas dengan sifunya boleh aja tp maksimum penyertaan adalah 10 org..mn aku nk cr member yg mempunyai minat yg sama mcm aku ni..

Susah sangat nak belajar kalu xde cikgu..like what i said aku belajar melalui internet n kn perhatikan betul2 tutorial yang dia ajar..aku tgk buku huhuhu..Punyala susah nk buat bunga rose xjadi,bunga daisy jadi leper,buat-buat xjadi..banyak kali jugak..smpai aku give up..taknak belajar dah..Aku letak peralatan menjahit aku kat tepi..Aku merajuk..hahahaha kelakar sngguh bl ingat time tu..nk mengangis pn ada..

Lastly, berkat kesabaran dan pertolonganNya, aku mendapat ilham..aku buat mengikut kefahamn aku,taknak rujuk buku atau internet. Alhamdulillah..aku dh pandai buat bullion rose dan lazy daisy..Rasa kepuasan kehatian sangat2..Dan banyak la angan2 kat dalam kepala aku ni..nak sulam kat baju la,kat tudung...hehehehe..jom tgk hasil yang aku buat..

TADAAA...

Camana? cantik tak? Bolehla ek..budak-budak baru belajar..seni nmpak kaku lg tu..tp xpe, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..Yesza!!!
p/s: yang aku buat tu namanya teknik sulaman bullion rose, laizy daisy,fish bone,stem stitch,jahit kia dan fly stitch..