Search This Blog

Tuesday, October 27, 2015

14/2015~Teratak Kecil Kami In The Making

Assalamualaikum wbt

Panjang rasanya perjalanan kami suami isteri yang berhasrat untuk tinggal di rumah sendiri..

Apa taknya, proses beli tanah roughly ambik masa setahun, pastu tahun ni pulak start dari bulan Februari ke Mac macam tu la (seingat akak la sebelum pelasanaan GST) proses menyiapkan pelan rumah.

Nak tunggu pelan rumah siap dengan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan tu Ya Allah, ambik masa yang sangat lama. Actually dalam 4 bulan lebih rasanya.

Kelulusan daripada PBT dapat dalam around bulan Ogos. Alhamdulillah, finally, then hantar plan rumah ke Jabatan Penilaian untuk dinilai. Lepas Jabatan Penilaian nilai pelan rumah dengan jumlah pinjaman kemudian pihak Penilaian akan proceed pulak ke Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Gittew

14 September 2015 Jabatan Penilaian inform hantar permohonan pinjaman akak ke BPP melalui emel..Alhamdulillah pada 15 Oktober 2015, pinjaman akak telah diluluskan. Ok, noted di sini, sebulan jugak untuk dapat kelulusan pinjaman.

Dan seterusnya, kena hantar surat setuju terima pinjaman ke BPP dalam masa 14 hari dari tarikh pinjaman diluluskan barulah BPP akan buat proses gadaian dengan Kerajaan Malaysia sama dengan proses beli tanah jugak.

So, lawyer cakap, proses gadaian tu ambik masa sebulan jugak,barulah BPP akan salurkan pinjaman ke pihak lawyer sebagai orang tengah untuk bayaran kemajuan kepada kontraktor nanti. Jadi sekarang dan akhir bulan Oktober, jadi ambik masa sebulan, so akhir November baru boleh start pembinaan rumah..bahahaha..

Rasa nak gelak pun ada..Tak tau dah nak rasa apa.Kekadang, akak follow the flow je, biar lambat asal selamat je kekdahnya..hahaha..Tetapi, kalau korang yang urgent yang nak duduk rumah sendiri akak suggestkan cari la rumah yang pemaju yang jual je..Senang cerita.

Tapi itulah,akak tak mampu nak beli rumah dulu-dulu sob sob, kelayakan tak mencukupi sebab harga rumah dah mahal masa tu.. So sabar jelah, buat jelah cara ni, maybe itu yang terbaik bagi akak kan ecececehh.

Mimpi jelah sekarang ni bila la nak siap teratak kecil akak tu..huh


Teaser.. Inilah pelan bahagian depan my Teratak Kecil akak..Inshaa Allah

Jomlah verangan dulu...;P

Wednesday, October 21, 2015

13/2015~ Bestnya Qaseh Gold Adinda

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah sekarang dah 18weeks..dan Alhamdulillah baby membesar dengan baik..Mama pun makin membesar dengan baik..Dah naik berat badan dah selepas turun 1st trimester hari tu.. Dan MOGTT punya result pun dah keluar..Alhamdulillah akak tiada masalah, hb pun maintain 12..Alhamdulillah..nak gi klinik baru makan ubat sebab rasa macam loya nak telan 3sekawan tu (asid folik, b complex dan zinc) haduii..

Tapi sekarang akak consume Qaseh Adinda..Nak menjadi asbab ke akak tak tahulah kan.. Akan consume Qaseh Adinda ni lepas 1st trimester sebab nak dapatkan tenaga balik lepas teruk morning sickness hari tu.. Biasanya supplement ni bagi ibu-ibu mengandung sesuai diambil ketika usia kandungan sudah masuk 3 bulan..

Dapat tau pasal Qaseh Adinda ni sebenarnya dari kawan sekolah menengah dulu..Duk stori mori pasal letih sangat dalam 1st trimester tu, ingat nak try VCO (Virgin Coconut Oil) tapi takde stok masa tu..So kawan suggest consume Qaseh Adinda atas pengalaman dia sendiri..Actually adik ipar pun ada consume jugak so akak mintak try dengan adik ipar dulu sikit then rasa-rasa macam boleh je so order la satu dengan kawan..

Qaseh Adinda ni banyak kelebihan dia.. Nanti boleh tengok gambar kat bawah.. Akak bukan jual ye.. Saja sharing is caring.. Sejak makan Qaseh Adinda ni akak senang je tidur malam, bertenaga bila bangun pagi, HB masa mengandung dah 18 minggu ni maintain 12 (ubat klinik bagi tu on and off) tapi sekarang akak dah start disiplin makan balik ubat tu (Asid Folik, B Complex, Zinc) dan juga masalah keputihan juga berkurangan..Alhamdulillah, pun juga atas izin dariNya jugak,kita hanya berusaha sahaja :)



Produk QasehGold ni diformulasikan dari makanan sunnah, so sangat berbaloi kan..

Jom berQaseh :)


Thursday, October 1, 2015

12/2015~Syukur

Assalamualaikum wbt..

Dah berbulan lamanya tak menulis.. Rasa macam rugi pulak tak mencoret segala kenangan kat sini.. Nanti nak refer senang kan.. Atau nak recall balik memori lama tu buleh la jenguk blog sendu ni kan.bhahaha

Ok..dalam tiga bulan ni duk bertapa sekejap sebab morning sickness yang teruk.. Alhamdulillah,bulan Ramadhan yang mulia hari tu buat test and the result is positive..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..Sepanjang 2minggu terakhir Ramadhan tu akak masih belum rasa apa-apa dan boleh berpuasa dengan selesa sampai ke hari terakhir Ramadhan..

Bila dah 2 minggu after raya akak dah rasa tak sedap badan..Ingatkan dah takde dah masalah morning sickness tu tapi apakan daya..Bukan kerja kita semua tu kan..Terima dengan hati redha walaupun kadang-kadang ada jugak mengeluh sebab dah letih sangat..hehe

Alhamdulillah dah habis first trimester dah..Tapi dugaan pregnant kali ni banyak sungguh..morning sickness agak teruk..Tapi kalau nak diikutkan masa mengandungkan Aleesya dulu pun teruk jugak morning sicknessnya..Berat turun 4kg..Masa mengandung Aleesya hari tu 5kg..But tu lah still lagi bersyukur sebab ibu-ibu lain punya morning sickness sampai ada yang warded..Akak cuma rehat kat rumah jer..

Dan oleh sebab akak ada miscarriage punya history..kena beringat..Takut sangat terjadi lagi.. Dalam tempoh 1st trimester tu akak memang tak masak langsung..Bukan taknak masak tapi tak boleh..penyapu pun buat masa ini belum pegang lagi :P

Bukan apa, dalam 3 bulan tu memang akak bleeding.. Ya Allah masa first bleeding tu takut sangat..Masa tu 9weeks kalau tak silap..Terus pi klinik jumpa doktor dan scan.. Syukur doc cakap baby ok..Doc tunjuk jantung baby bergerak..Alhamdulillah..Doc advise jangan aktif sangat,pastu kebetulan pulak masa tu office panggil kursus kat Kuantan..So doc buat memo untuk akak inform bos untuk dapatkan pelepasan..

So jadinya memang tak boleh buat kerja berat langsung la..Outstation pun tak pergi mintak excuse dengan bos sebab taknak travel jauh..Nasib baik bos amat memahami.

Sekarang dah 16weeks..hopefully baby sihat walafiat dan membesar dengan baik..Masa 12weeks jumpa doc selepas buka buku hari tu pun doc cakap baby ok..Alhamdulillah..Oh masa 12weeks tu akak dah kena MOGTT dah..awal kan..Prosedur sekarang kena wat awal-awal untuk tentukan ibu-ibu tiada masalah..Result tak tau lagi, nanti next week ada appoinment baru tahu.. Mudah-mudahan takde masalah.Aamiin..

Ok tu jela nak bebel hari ni..Ni pun dah letih rasanya :P

Ok till then..

Thursday, July 2, 2015

11/2015~ Throwback Mei 2015 @ Restoran Cerana

Assalamualaikum wbt..

Terlebih dahulu, sebelum entri #throwback ni dikarang..Selamat Berpuasa semua..Walaupun dah masuk hari yang ke 15 dah hari ni..Alhamdulillah..

*
*
*
Sambung carita #throwback akak..
Ehem pada 18 Mei 2015 hari tu birthday akak..So malam tu husband ajak makan kat luar. Husband akak ni tak romantik mana..Bukan macam Raden Amzar ke En Haris ke ataupun Nazmi dalam Manisnya Cinta di Cappadocia..hahaha..Takdenye nak hantar hadiah kereta ke sebijik :P..

Toksah dok layan sangat la watak-watak hero dalam tv ni adik kakak oiii...Takdak pekdahnya..Terima la laki kita seadanya.. Jangan dok meroyan sesedap rasa nak dilayan macam tu jugak..Eh tapi kalau dilayan macam dalam cerita tu best jugak kan..bhahaha..

Ok..akak suka sangat la bila husband ajak makan kat luar sebab tak payah masak kan :P..Malas sangat ni. So siap-siap, husband ajak pi Restoran Cerana pun dikenali jugak dengan nama Restoran Terapung kat area Sering Kedai Lalat. Banyak kali dah makan situ sebenarnya.. Restoran ni tepi sungai so tempat makan dia tu terapung dalam air..hehe


Husband akak ni suka bebenor la mai sini..Dia dengan laut dan sungai ni memang tak boleh dipisahkan. hahaha kaki pancing!

Makanan kat sini ok la not bad..dia ada sedia pakej makanan, pun kalau nak order asing pun takde masalah. Makanan panas, western pun ada.

Yang akak makan ni set RM55 biasanya untuk 3 orang makan..Cukupla untuk kami 3 beranak kan. Kalau ambik pakej mahal sikit lagi banyak jenis lauk.. Tapi kami takut tak habis kang jadi membazir amalan syaiton pulak..

Ni la pakej yang akak selalu ambik..Kalau pakej RM55 ni for 2-3 person..pilihannya ialah:
  • 1 sup/tomyam
  • 2 lauk (ikan, ayam, daging)
  • 1 jenis sup atau tomyam
  • 1 jenis sayur (kailan,sayur campur)
  • 3 pinggan nasi putih
  • 1 pinggan desert
  • Air sirap 3 gelas
Haa..kan dah lengkap pola pemakanan hari tu kan..biasa makan 3 orang pun kadang-kadang ikan pun xhabis tinggal timun dan salad je...:P bhahaha jangan marah..

Sebelum sampai makanan boleh cuci mata tengok orang memancing atau memukat dalam sungai tu..hehe kalau nampak lah sebab kan malam-malam buta tu..hiks..Dan dulu pernah sekali Restoran ni buat pakej kalau order makanan set ni pelanggan siap boleh memancing lagi tau..Husband pernah lah sekali. Mana boleh lepaskan peluang kan..Layan kan aje la minat suami terchenta ni..

Boleh jugak ikan kerapu size kecik. Punya la suka la husband akak tu..isk isk..

Jemputla tengok foto-foto yang akak ambik di sekitar restoran ni..tetiba rasa malaih pulak nak menaipnya..tadi bukan main nak berthrowback bagai..Ya ampun..





Ada buaian untuk kanak-kanak..Lepas makan layankan anak main buai dulu..Perut pun tengah kenyang kan..Tapi budak-budak je lah ye.. mak budak takyah nak buang tabiat naik buai ni..Tak muat jah oiii..



Mesra ibadat. Sesuai la bila kita datang untuk berbuka kan. Tak yah nak rushing balik rumah nak solat. Kat sini ada musalla untuk lelaki dan perempuan ye..


Tempat parking dalam kawasan restoran so do not to worry ok.


Rabbit pun ada..Akuarium pun ada kat atas nuh..Akak terlupa snap..



 Hihi..inilah keluarga kecil kami yang bahagia buat masa sekarang..Aamiin..

p/s:Bila nak tambah korum???

Monday, May 18, 2015

10/2015 ~ Mood Hilang Entah Ke mana

Assalamualaikum wbt..

Bila dah stop menulis ni rasa kelu je nak update blog.. Malas pun ada.

Minggu lepas akak start outstation ke Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.
Kerja hakiki..
Menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan awam.
Sebelum ni dekat-dekat je keluar. Bulan Mei ni jauh jugak la. Aduii letih rasa badan. Minggu ni gap seminggu sebab kena hadir kursus di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak selama 4 hari. Lama kot.

Pastu sambung balik mengaudit HTA.

Me no like ok. Bila kursus datang ni memang stress kot. hahaha.. Tahun ni kursus yang tidak membahagiakan sebab lama nak kena tinggal budak kecik ni.

 

Takde semangat. Kalau tahun lepas masa kursus malam-malam  nangis bawah bantal jugak la teringat kat budak kecik ni. Tahun ni harapnya akak lebih tabah..wakakakaka.. 

Arrgghh malasnya.. Camana la nak bagi datang semangat nak gi kursus ni ye. Banyak kali dah psyco diri sendiri kursus ni bolehla nak rest sikit dari tugas kat rumah tu kan. Tapi bila tentatif kursus tu dah start pukul 8.00 am hingga pukul 10.00 pm, acaner tu nak relax. Akak rasa lagi stress ada ler...bahahhaa

Sape masa kursus tak mengantuk masa dengar ceramah tu memang tabik la. Ada jugak time tak mengantuk kalau kena penceramah yang best kan.. ataupun time kena buat presentation.Huwaaa serik giler rasanya nak pergi kursus. Heartbeat masa tu rasanya kalah pelari pecut.hahaha

Dan satu lagi masalahnya akak ni fobia rasanya nak naik flight. Wat malu je kan..hahhaaha..Entahla kalau diberi pilihan akak rasa baik akak naik kereta je lah..bahahha..

Tapi takleh nak buat apa dah..Dah macam masuk pertandingan fear factor dah akak rasa setiap kali nak naik flight ni. Rasa macam ada rama-rama dalam perut huahuahua.. Nasibla KB KUL ni 45minit je kan.. Gulp telan liur..Pun lama bagi akak tau.. agaggaga

Apa pun mama akan rindukan budak kecik ni.. Oh cepatlah masa berlalu..sob sob sob

  
p/s: Kalau tak pergi kursus takleh ke bos? Bos cakap boleh blah..haha

Thursday, May 7, 2015

9/2015 ~ Percubaan Kali Kedua

Assalamualaikum wbt

Anyon Haseyo

Akak pernah story kat SINI yang akak tengah duk acah-acah train Aleesya untuk fully diapers free akhir bulan April ari tu yang sesi malam punya..Kalau siang hari memang dah berjaya Alhamdulillah syukur, senang je nak train dia.


Well, untuk seminggu yang lepas Alhamdulillah, berjalan lancar prosesnya. Tapi start cuti panjang hari tu, happy sangat gamaknya main dengan sepupu-sepapat, penat dan berliter-liter air di minum tambah pulak dengan panasnya kan. Kesimpulannya memang terbanjir la atas katil..hahaha

 

Sebelum nak masuk tidur tu memang dah suruh dia buang air dulu, maybe sebab banyak sangat minum air kot..Akak pulak tak alert masa tu. Ingatkan dah merdeka la kan. Tapi hukhuk membasuh cadar la gamaknya. But, its ok learn by experience ye dakk..


Then lepas habis cuti ni keadaan kembali seperti biasa. Alhamdulillah. Dalam minggu ni belum ada insiden banjir lagi. Tapi memang kena make sure kencing dulu sebelum tidur. Dalam masa sebelum tidur tu pun kena selalu tanya dia untuk gi buang dulu dulu mana yang patut. Supaya tangki buang kosong..hahaha gitu la maksudnya lebih kurang. Nak explain lelebih tak pandai mana akak pun..haha

 Suka buat muka bila ambik gambar..haha

Actually, tent castle ni beli dah lama kat Tesco masa ada sale rasanya RM39.90.. Sebelum ni duk atas almari je..haha sampai Aleesya pun tak ingat dah pasal tent ni..Dah lama dah duk berkenan kan tent ni tapi mahai sangat idaklah akak nak membelinya. So bila dah murah sket bolehlah ambik letak dalam troli pejam mata..kan, untuk anak.:P

Bila pindah rumah sewa baru ni ada ruang lagi so akak pasangkan aje lah untuk Aleesya main-main dalam tu. Sebab sekarang tengah dok ada mood princess-princess bagai ni so akak pasangkan kasik seprised kat dia sekali. Berbunga-bunga la hati budak kecik ni duk koya-koya jadi Cinderella..hahhaa

Tapi Cinderella still takleh lawan lagi Frozen punya penangan. Akak rasa la sebab duk perati Aleesya ni tak abis-abis dengan gaya Elsa nya..hahha

Korang yang ada anak baya-baya Aleesya 4 tahun ni dah free diapers eh...Alhamdulillah..Kalau belum lagi, takpe takes time.. Jangan putus asa train dorang..Semoga berjaya!

Till then.

Tuesday, May 5, 2015

8/2015 ~ Cuti & Homemade Pizza

Assalamualaikum wbt..

Anyon Haseyo.

Selamat kembali dari bercuti semua..Dah mula kerja dah. Akak baru hari ni masuk office. Cuti nak rehat. Tapi tak rehat jugak sebenarnya.

Isteri yang bekerja ni bila balik rumah pun kena kerja jugak. Dahla 8 jam kat office dah kerja, balik rumah pakai uniform kerja rumah pulak memasak, membasuh, melipat, mengemas, mengurus anak, makan, mandi bla bla bla (nak list down pun rasa letih). Banyak pahala kaum Hawa sebenarnya kan. Kalau kita sedar la..hahaha

1 Mei Hari Pekerja ataupun Hari Buruh jatuh pada hari Jumaat. Kat Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor memang dah cuti pun. Ingatkan cuti Hari Pekerja, akak boleh bergoyang kaki kat rumah minum jus dan makan cikedis sambil menonton drama korea..dah namanya cuti pekerja kan..Mimpi je la bhahaha..

Takde maknanya, kena bersilat jugak kat dapur, kalau tak, nak makan apa hari ni yang? Tak sanggup jugak nak beli makan kat luar dengan hidup yang serba mencabar, ditambah dengan semua barang mahal plus GST bagai ni. Hadoii. Sekali sekala bolehla boleh..Tukar selera gamaknya..hihi

Terer tak akak buat pizza..Ha tak payah nak perabis duit beli kat Pizza Hut la lepas ni..ahahahaha Yummss,



Baru je keluar oven, anak dara tak sabar nak merasa..

Best katanya..Siap mintak sekeping lagi..Lately memang berselera budak kecik ni makan. Alhamdulillah,. Biasanya memang picky eater. Banyak dah cuba vitamins memacam duk beli bagi kat dia, tapi tak jalan, berat pun 10kg je umur 4 tahun, Sekarang Alhamdulillah 11kg..hahaha seriously! 




Buat pizza sempena makan-makan kat rumah mak. Abang ipau belanja satey.




Akak with oldest  sister, Aleen Aleesya & Mimi

Pizza dah lama anak-anak sedara request. Licin pizza akak.Puas hati buat..hehe
Esok tu budak kecik ni request pizza pulak. Amboi dah pandai-pandai request pizza dah anak i.

Bersilat lah akak membuat doh pizza. Entah silap apa doh tak naik pulak,lama jugak la duk tunggu tengok-tengok tak naik jugak.Akak pikir-pikir apa yang silap, hubby cakap takyah pikir la buat je lain.hahaha
So buat ler doh untuk kali kedua..Alhamdulillah, naik dengan jayanya. So kenapa yang tadi tak naik eh? Problem unresolved. Tak tau sebab apa. Akak masih tak terer kot. hahaha

Once again request by budak kecik..
Yang ni budak kecik ni buat sendiri..hahaha dari letak doh dalam plate (entah apa nama dia) sapu sos, letak pepperoni slice,cheese & siap nak angkat letak dalam oven tu..
Worth enough sebab dia makan bertambah-tambah. Pukul 11 malam pun nak pizza lagi.hahaha
Mama is happy..Yeayyy..
Camana nak buat pizza? Senang tak? In case ada yang bertanya..hehe kasi can akak koya-koya sikit. Akak belajar buat pizza dengan MIL. Pernah tinggal dengan MIL sekejap dan sempat la ceduk ilmu dengan dia. Terer la my MIL masak takleh challenge i olls..hehhe

Tapi kalau tanya dia resepi dia cakap mama main campak-campak je..Campak-campak tu is marvellous la mama oii..hehe..

Tapi kalau aku yang buat stail campak-campak tu alamatnya memang kena campak la makanan tu..bahahahaha..

Resepi Pizza  Pepperoni Gaya Akak
Doh
Sos Pizza
Cheese
Minyak
Oregano
Pepperoni Slice (Ayam/Daging) (sosej pun boleh)

Doh
Tepung High Protein (tak de sukatan,ikut suka nak buat banyak mana.)
1 paket yis 11g
Garam 
Gula
Minyak
Air suam

Cara-cara
1. Masukkan tepung high protein, ikut suka janganla berkilo-kilo pulak ye,akak buat tu setengah kilo pun tak habis tepung tu.
2. Lepas tu bancuh yis dengan air suam,secawan kecik jer. Masukkan ke dalam yang berisi tepung tadi. Gaulkan.
3. Lepas tu bancuh lagi secawan air suam bersama dengan secubit garam dan gula. Jangan habiskan,tengok keadaan adunan dulu.
4. Masukkan air bancuhan gula dan garam ke dalam adunan. Kacau sebati.
5. Kalau nampak adunan tu melekit, boleh tambah tepung ataupun kalau nampak adunan tu macam tak berapa nak sebati boleh tambah air bancuhan gula tu sikit demi sedikit. Gitu.
6. Bila adunan dah menjadi doh (adunan tadi tak melekat dalam mangkuk yang digunakan tu) masukkan sedikit minyak dan uli hingga sebati sehingga boleh dibentuk bulat.
7. Ambil tuala dan basahkan dan biarkan tuala tersebut lembap dan tudungkan tuala tersebut di atas mangkuk doh anda. Biarkan seketika sehingga doh anda naik dua kali ganda dari yang asal.
8. Tinggalkan doh tersebut biar ianya mengembang

Sos Pizza
Isi Ayam
Sos Spagehetti Bolognese Kimball/Prego
Bawang Besar (potong dadu)
Gula 
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Masuk minyak, bila panas masukkan potongan bawang besar, bila bawang dah layu masukkan isi ayam yang telah dibersihkan.
2. Bila dah agak-agak isi ayam masak, kemudian masukkan sos spaghetti (ikut suka) kacau dan masukkan sedikit air, gula dan garam.
3. Kecap la ye nak macam mana rasanya sos pizza u olls. Nak tambah pape lagi ke.
4. Tutup api bila dah mendidih dan rasa sos tadi tu dah meletop baq hang.

Cara-cara terjadinya sebiji Pizza:
1. Sapukan minyak pada plate yang korang nak masakkan pizza. Ambik doh yang telah membesar dari saiz asal tu (Kalau doh korang tak membesar,korang buat ler yang lain ye, sayang kat sos tu kalo tak jadi pizza korang).hiks
2. Kemudian ratakan doh tadi kat atas plate, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat ye. Kalau tebal nanti cemuihh pulak hang nak perabih roti pizza tu..ahahha pandai-pandai la ye. Akak pun acam tu tu jugak..
 3.Sapu sos tadi, letak pepperoni slice/sosej tu kat atas,ikut u olls la kalau rasa nak nikmatnya, letak la bebanyak..then taburkan cheese ( akak biasa beli cheddar yang block then parutkan ia dengan cheese grater tu)
3. Part ni memang best. Tabur cheese tu memang macam pro like chef wan dah tangan rasanya..hahaha. Kalau nak menternak badan boleh la taburkan sampai tak nampak bahan-bahan lain kat atas pizza tu.
4. Akhir sekali tabur kan jugak oregano. Sesikit je, jangan tabur macam kau tabur cheese tu ye..
5. Ok siap,boleh masukkan ke dalam oven. Opps sebelum tu lebih baik panaskan dahulu ye oven.

Ok tang suhu dan lama mana ni pun akak pepandai jugak, bukan main campak ye, sebab kalau campak oven tu nanti tak terbakor pulak pizza u ollss. Hahahha ok tak lawak.

Akak setkan suhu 150 darjah pastu bakar dalam 20 minit, tengok keadaan la, akak pakai oven murah je bukan yang panasonic bagai pun jadik selalu nak kena perati tengok. Once in a while, kena cek tengok jugak kang hangit tak pasal-pasal.hahaha Sayang wehh banyak modal kat situ..hahaha

Ok dan siap. Taraaaa..

Repost gambar yang sama in case kalau korang taknak scroll kat atas.hahaha..Walla


Panjangnya resepi akak. hahhaah kalah chef-chef lain kat dunia ni..ahahhaha.


p/s: Kalau tak jadik pizza korang jangan salahkan akak ye..hahaha. Mulakan dengan Bismillah Insha Allah jadi..Selamat mencuba! Daebak!!

Till then.