Hye semua..masa
dah berakhirnya cuti berpantang aku. Aku ambik leave 3 bulan. Haa ko,sangat best dok
rumah ye. Bila fikir-fikir bestnya kalau aku jadi surirumah, buat kerja rumah
setiap hari. Tapi aku ni dah ditakdirkan untuk menjadi wanita berkerjaya,mama
yang bekerja,saborlah Aleesya,mama nak carik duit nanti nak beli baju Aleesya
cantik-cantik kan. Lagipun sape la nak bayar kereta aku tiap-tiap bulan
tuh..hehehe…Tak terpikir pulak. Dan hutang-hutang lain? Haiih aku banyak hutang
sangat ke? Takdela,PTPTN tu hehhe..dah pinjam kena la bayar balik kan.. dah
keje dah pun.. Lain la dulu, aku tak buat pembayaran pun sebab aku tak keje dan
lepas dapat first kerja pun still xbayar lagi sebab masih tak affordable. Kerja
kat kampong mana la level gaji sama cam Bandar ye dak.
Ok, lepas itu apabila rezeki bertambah baik
dapat kerja lain so apa kata aku dan korang-korang semua jalankan tanggungjawab
kita pulak, nanti adik-adik or even anak-anak kita seksok pun nak pakai jugak
kan. Alang-alang aku dah bercerita panjang pasal PTPTN ni aku sambung la sket
lagi.. Yela,orang kata kos pentadbiran pun dah berapa,aku pun rasa macam tu
jugak tau,bl la nak abes kan. Tapi nak buat macam mana dah kita nak ambil PTPTN
so pandai-pandai la bayar pulak kan.. prinsip aku senang je..hutang tetap kena
bayar,so bayar itu dah wajibulghunnah..Sekian mekaseh. (itu pandangan peribadi
aku je,sape terase jgn marah ye, peace!! uolls)
Dah berbalik
kepada cerita asal,ohh nak masuk kerja balik,kena bangun pagi,kena iron baju
kurung..MALAS okeh..hehehe Selama 3 bulan lamanya ku jadik bibik di rumah dan
sekarang kembali bertugas pulak. Ok masa first day aku kerja,menangis tak ingat
la Aleesya. Siap papanya bawak dating pejabat. Hukhuk kesian dia,tak pernah
berenggang dengan mama. Dalam seminggu jugak la asek datang pejabat je,pukul 10
papanya datang hantar. Bukan masuk opis aku pun,aku pi turun kat keta laki aku
jek. Dia bukan apa,nak menyusu.. itula, masa mama leklok simpan stok EBM tak
nak,ha sekarang siapa yang susah? Ketiga-tiganya susah keluarga kecil
kita..Hehehe,bila diingatkan kelakar jugakla,pukul 10 datang menyusu,lepas tu
lunch hour aku balik rumah pulak. Adeh letih jugak la macam tu. Tapi
Alhamdulillah hanya seminggu saja. Dan penerimaan dia terhadap susu formula pun
dah ok.
Cuma apa yang
aku tak boleh lupa dan sedih di sini, masa ni jugaklah kulitnya yang bersih dan
lembut itu menghadapi masalah. Aku ingatkan kesan gigitan nyamuk je. Tapi
sangkaan meleset sebab makin lama makin banyak. Apa yang aku kesalkan ialah aku
tak pergi berjumpa doctor sejak dari awal. It haunted me now. I feel guilty
terhadap Aleesya. Kerana ikutkan cakap orang yang kata “lama-lama nanti hilang
la’.. Benda tu berlaku sekejap saja,berjangkit melalui tangan kecilnya.
Barangkali dia gatal dan garu then berjangkit melalui kukunya..Ohhh tak boleh
aku bayangkan bagaimana perasaan aku sekarang ni. Aku sangat-sangat menyesal.
Sangat. Tapi bak kata ayat klise menyesal kemudian tidak berguna lagi. So
sekarang ni Aleesya setiap bulan akan berjumpa pakar kulit di hospital. Doctor
kata rare. Akan hilang (ini membuatkan aku sedikit lega) tetapi ambil masa.
Sebab farmasi ada je ubat untuk hilangkan parut tapi ianya tak digalakkan untuk
baby. Hanya untuk orang dewasa je.
So aku tawakal
sahaja. Sekarang ni aku hanya mengelak dari ianya naik kembali. Sekarang ia
tinggalkan parut hitam ditubuhnya. Lebih 70% tubuhnya . sangat sedih.
Setiap hari aku
berdoa kepada Allah swt supaya diberikan kesihatan yang baik kepada Aleesya.
Dia tak meragam pun. Tu sebab aku tak alert. Aku marah dengan diri sendiri.
Penyakit ni aku
nak sebut pun aku xtau. Mula-mula ianya macam kena gigit nyamuk dan dalam masa
seminit kesan warna merah tu bertukar menjadi hitam dan warna coklat muda light
gitu. Then ianya kekal. Mula-mula doctor cakap kulit dia yang bermasalah,tapi
bila doctor pegang dan rasa kulit dia,doctor cakap kulit dia lembut. Maybe
allergic terhadap satu-satu benda. Oh ya, masa dulu-dulu aku ingatkan kesan
daripada penggunaan sabun mandi Aleesya,so aku prevent macam tula,xguna
sabun,then orang cakap ada jugak sama dengan baby yang allergic susu formula.
So aku bertukar susu,semua takde kesan. Dalam masa aku prevent benda tu dari
naik masa tu jugak yang aku tak sedar dia boleh berjangkit melalui kuku baby.
Dan lepas dan
ambil beberapa ubat, aleesya semakin baik,xnaik dah,Cuma tinggalkan kesan
sahaja. Dan itu mengambil masa. So aku just nak share di sini kalau-kalau ada
yang senasib dengan aku,cepat-cepat pergi jumpa pakar terus. Doctor biasa tak
mungkin tahu. Itu ikut pengalaman aku.
Haihh asyik jump
situ sini cerita aku. Ok nak cerita pasal Aleesya, masa ni bambam sangat.
Pipinya menjadi kegilaan ramai..hehehe bila jumpa Aleesya mesti ada yang nak
cubit.. Adoi jangan la cubit pipi dia. Geram je nak cakap macam tu kan..
Suka buat
bubble..hehehe..Baik je..Duk diam je situ kalau mama nak buat kerja..bila
Nampak haihh menangis pulak dah xsampai hati dah..