Search This Blog

Monday, January 18, 2010

Tips Dalam Berpasangan

Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Sama ada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si dia kepercayaan anda.

Saling Memahami
Fahami kekasih anda. Sekiranya anda mengajak dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang, dan sebagainya, dan dia menjawab 'TAK NAK, 'TAK MAHU', biarkanlah dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami keadaan dia menjawab demikian. Jangan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Cuba fahami dirinya.

Bertolak Ansur
Setiap lautan akan ada pasang surutnya. Begitulah juga dalam hidup berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan dia bertolak ansur dulu tapi andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ianya ibarat kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

Kejujuran
Ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak berbohong dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Jika anda melakukan kesalahan hendaklah memberitahu pasangan anda dengan jujur dan pasangan anda tadi juga hendaklah bertolak ansur dan saling memahami.

Kesetiaan
Kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi dia ketika anda berpasangan. Ini kerana dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang pernah ucapkan kata-kata cinta.

Ikhlas
Perhubungan yang dibina tentunya mempunyai tujuan sama ada baik atau buruk. Semuanya terletak pada niat masing-masing. Namun apabila nawaitu kedua-dua belah pihak baik dan ikhlas perhubungan yang dibina akan lebih bertahan lama berbanding keikhlasan yang diberikan dari sebelah pihak sahaja. Oleh itu mulakan lah perhubungan dari nawaitu yang baik dan ikhlaskan lah hati untuk menerima pasangan seadanya.

Hormat Menghormati
Apabila berpasangan, amat penting untuk anda hormat menghormati antara satu sama lain. Hormat keputusan masing-masing dan jangan cepat melenting. Jangan memaksa pasangan masing-masing menghormati diri anda jika anda tidak menghormati dirinya. Jadi ambillah kata sepakat dan hiduplah dengan aman.

Sunday, January 17, 2010

Jalan-Jalan Dengan Family

Assalamualaikum semua...meh update blog meh...so entri kali ni aku nak cerita pasal hari sabtu lepas..aku ngan famili saje je jalan-jalan ambil angin petang2 sambil survey resort untuk family gathering (AKtiviti tahunan famili hehehe) raya cina ni..tapi survey punya survey, semua resort area PCB sudah penuh da.. Ktorang taknak cari resort yang jauh2 sebab nak jimatlkan kos, yela,sekolah baru je bukak so banyak dah pitih abih untuk kanak-kanak riang tu...Adui, camana ni, takkan tak jadi pulak..tak bestnya..So dalam mensurveykan tempat untuk holiday ktorang sempat lagi jalan2 kat resort sambil snapkan picture..akula yang tukang snapnya hehehe...Best jalan-jalan kat pantai waktu petang-petang ni...hehehe tu je..enjoy~~


my memOries - UiTM Machang


Bersama-sama ROOMATE ku yang tersayang : Nic, Mc Cik, Aku n Tiey

Assalamualaikum semua..bersemangat aku menulis hari ni..saje je..nak menceriakan blogku ini..entri ni adalah untuk ingatkan aku balik kenangan aku berada di menara gading..fuf aku miss giler jadi student "UiTM" ni..tapi kenangan ni masa ni takkan datang balik..hanya memori sahaja..waa berpuitis pulak aku.. Kalau aku nak cerita memori plus kenangan masa kat UiTM dihatiku ini emangnya minggu ni saja tak cukup..so cuba aja nikmati gambar ini..heheheh..
This is the time..My graduation day..Aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana aku telah berjaya mendapat Diploma serta Ijazah serta memberi kebanggaan kepada family aku..Masa dalam DSB, UiTM Shah Alam, aku amat-amat terharu dan sedih menyanyikan lagu UiTM Dihatiku sebab lepas ni maybe dah tak dapat nak nyanyi dah lagu nii sebagai seorang pelajar UiTM..Pape pun aku amat berbangga menjadi salah seorang penuntut UiTM..


My Graduation Day
DSB UiTM Shah Alam

Thursday, January 14, 2010

MY MemOriEs - SMKKK 1


Assalamualaikum semua..sudah lama tak meng'update'kan blogku ini..kali ini bukan entri baru yang aku buat..dah nama tajuk entri aku ni ialah my memories so aku nak berstory pasal memori aku..hihihi..jangan marah.. So aku nk stori pasal memori aku kat mane yer..mmm so kalau di scroll kan kt atas tu gambar aku masa kat secondary skul..SMKKK 1, Kota Bharu..Aku sekolah kat sini dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, tingkatan 6 aku sempat menyibuk jugak la tapi kejap je la sambil tggu application untuk masuk "U"..Masuk "U" ke aku ni..hik3..

Banyak memori kat sekolah ni yang aku miss sangat..bila masuk sekolah menengah identiti dah lain..yela status pun dah bertukar menjadi remaja dah..masa ni aku jumpa kawan..ramai kawan, masa ni malu-malu nak berkawan..maklumlah baru berjumpa.. Masa di tingkatan 1 ni jugak lat aku telah dilantik menjadi seorang pengawas..Wah, bangga sungguh aku rasa masa tu..Yang terpilih ialah wizana dan lisar..kami ialah satu geng..Kami sama-sama join St John Ambulance Malaysia sorang lagi geng kami ialah diana..Best sangat masa ni sebab ktorang satu kepala dan jenis yang galoks memanjang..hihihi..

Aku,Diana,Lisar,Wizana-Camping St John + Pengakap @ Lata Rek, Kuala Krai

So bila habis tingkatan 1, semestinyalah tingkatan 2..masa ni kawan sudah bertambah..diantara kawan yang rapat dengan aku ialah dayah, epy, ila, nida, ina dan many2 more..tu kira yang benar-benar rapat la..
Tapi selepas PMR ramai geng2 aku yang dapat tawaran ke sekolah teknik..aku pun dapat gak tapi aku sayang nak tinggalkan SMKKK1 ni..hik2.. lisar, epy, diana n nida pegi sekolah teknik..so tinggallah aku, wizana, dayah n ila..aku sekelas ngan wizana n dayah, kelas Cekal..ila pulak kelas Budi..

Tapi di tingkatan 4 dan 5 la masa paling seronok sekali...kitaorg enjoy belajar n enjoy main2..macam ragam, kn marah dgn cikgu la..kena cubit dgn ustazah la..ahahaha..kn perli ngan cikgu aminah..bergaduh2 manja..hik3..
banyak kenangan masa neh..memang betullah apa yang cikgu aku cakap, "bila dah kerja esok2 mesti ingat waktu belajar dan rasa nak belajar balik"..mmm betollah cikgu..Pape pun bl aku rindu kat zaman sekolah..gmbar ni dapat menjadi pengubat rinduku...hehehehe..






Sunday, December 27, 2009

Hari Yang MAlas

Salam..hye semua..apa khabar..? Entri yang ceria bunyi nya tapi hipokrit sebenarnya..heh..hari ahad hari yang sangat malas bagi aku..entah kenapa hari ini tiada langsung mood untuk bergumbira...dengan tak cukup tidur lagi, kena bangun pagi..adeh takde semangat langsung nak pergi kerja..sampai kat opis dengan mood yang tak berapa bagus...adeh..mengantuk tol..ni titanic punya pasal..layan titanic sampai tidur lewat..haisy,dah berapa kali tengok pun still nk tengok lagi..ish sangat menyentuh hati...semalam tidur pukul 1am lebih huhu..pastu nk bangun lak pukul 4am..adeh xmengantuk cmana..naik bas pulak xleh nk layan tidur adeh la...
hari ahad yang malas..malas nak buat kerja..malas nak makan, malas nak bergerak..semuanya malas..hehehhe..terbayang katil n bantalku kat umah..adeh la..rasa nak apply cuti pn ade gak ni..bestnya tidur..macam tade tenaga + miss my dalimms..apa la nak jadi ni..WAKE UPPPPP!!!!!!!!!
aku menyedarkan diri sendiri..barangkali lunch jap lagi kena p cr 100 plus kot baru ada tenaga...hohhohho..ok cukup tuk kali ini..later on i update lagi yer..mana tau kot lepas ni ada tenaga suria perkasa hitam pulak..ehhehe..ok till then..daa.

Thursday, December 24, 2009

Edisi Kejar Mengejar

Salam..adeh blogku masih kosong da...tatau nk hiaskan mcm mana daa,banyak keje la...(weh kau bohong sunat ek) tak,tak memang banyak keje pun hehehe..apa la aku merapek ni..toing##***??
isk..hari ni aku melalui satu pengalaman baru yg xleh aku lupakan..waa intro punya la suprise...
Tajuk pun dah kejar-mengejar..aku kejar hape ek..kejar bas da..pagi tadi terbabas tido,sedar2 dah 4.50 am..waaaa aku dh lambat sesangat ni..naseb baik aku dh iron baju semalam..korang mesti tertanya-tanya mn la aku nk pi pkl 4.50 am dah kata lewat...
Hmmm ni nak kena cerita la ni kan..ok pendekkan cerita,aku keje kat jabatan audit kuala terengganu,tapi tinggal kt my hometown kota bharu..so hari-hari la aku ulang alik pi terengganu nek bas (adeh aku tau letih,tp nk wat cmana)..bkn nek bas yg henti2 tu tau,ni kira bas chartered la utk sape2 yg tanak stay kat terengganu..especially yg dh ada family..diaorang prefer untuk ulang alik je..orang dh ada family yg aku ni nape plak nk syebuk-syebuk nek bas jugak? hahhaa aku pnya pasal la...ehhehe ada la personal problem daa...
dah ke mana dh entry aku sal kejar mengejar ni...so continue balik,bl dh sedar tepat pukul 4.50 am (naseb baik my dalims yg call..huhu thnks bie..) punyala kelam kabut p mandi..mandi tau,xtipu tp ala kadar je la sebab bas akan gerak pkl 5.00 am..aku bersiap 10 minit jerk..darurat katakan..
bl dh siap aku terus kontek akak yg nek bas sekali ngan aku supaya jangan tinggal daku..uhhhu..tp bas dh start jalan dh n pakcik drebar nk tggu aku kat satu stesen..wohho...selamat tp kena kejar jugak la bas tu...naik kete pnya la laju...adeh..bl dh nampak batang hidung bas hatiku lega..fuf..dan paling lega bl dah melangkah naik bas tp malu arr sbb ramai dah penumpang dalam bas tu dan mereka tau yg aku tertinggal bas...
Kalau ikutkan hati boleh je aku sambung tido eheheh...tapi aku ni pekerja yang bagus..tanak ponteng daa..bkn apa,pg ni ada entrance meeting untuk kerja mengaudit next week....at last sampai jgk aku kat tempat keje yahhhuuu..alhamdulillah..so itu saja entry for this time...till then..;)

Monday, December 21, 2009