Search This Blog

Monday, January 18, 2010

Tips Dalam Berpasangan

Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Sama ada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si dia kepercayaan anda.

Saling Memahami
Fahami kekasih anda. Sekiranya anda mengajak dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang, dan sebagainya, dan dia menjawab 'TAK NAK, 'TAK MAHU', biarkanlah dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami keadaan dia menjawab demikian. Jangan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Cuba fahami dirinya.

Bertolak Ansur
Setiap lautan akan ada pasang surutnya. Begitulah juga dalam hidup berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan dia bertolak ansur dulu tapi andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ianya ibarat kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

Kejujuran
Ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak berbohong dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Jika anda melakukan kesalahan hendaklah memberitahu pasangan anda dengan jujur dan pasangan anda tadi juga hendaklah bertolak ansur dan saling memahami.

Kesetiaan
Kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi dia ketika anda berpasangan. Ini kerana dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang pernah ucapkan kata-kata cinta.

Ikhlas
Perhubungan yang dibina tentunya mempunyai tujuan sama ada baik atau buruk. Semuanya terletak pada niat masing-masing. Namun apabila nawaitu kedua-dua belah pihak baik dan ikhlas perhubungan yang dibina akan lebih bertahan lama berbanding keikhlasan yang diberikan dari sebelah pihak sahaja. Oleh itu mulakan lah perhubungan dari nawaitu yang baik dan ikhlaskan lah hati untuk menerima pasangan seadanya.

Hormat Menghormati
Apabila berpasangan, amat penting untuk anda hormat menghormati antara satu sama lain. Hormat keputusan masing-masing dan jangan cepat melenting. Jangan memaksa pasangan masing-masing menghormati diri anda jika anda tidak menghormati dirinya. Jadi ambillah kata sepakat dan hiduplah dengan aman.

No comments:

Post a Comment