Search This Blog

Tuesday, February 2, 2021

3/2021- My DSSS Journey Part 2

Assalamualaikum wbt

Hye semua..

Alhamdulillah dah 3 minggu aku teruskan DSSS.

Hati ada banyak bunga sebab dalam 3 minggu ni ada progress. Alhamdulillah syukur Ya Allah permudahkan urusanku untuk turunkan berat badan.

Rasa seronok sangat. Bila tengok penimbang dah nampak angka 6.. Alhamdulillah..

Mula start DSSS 11 Januari 2021 

  • Berat 71.8 kg

Hari ni 31 Januari 2021

  • Berat 67.4 kg 

Happy sangat, 4kg total loss dalam masa 3 minggu. Well, terbukti lah jika kita control makan, makan dengan seimbang Insha Allah ada perbezaannya. Slowly but surely. 

So siapa yang plan nak turunkan berat badan masih belum terlambat, kita masih di awal tahun lagi. Bermula lah dari sekarang. Jangan bertangguh. Kita diet santai-santai je, takde stress nak fikir yang ni boleh makan tak? Yang tu tak boleh. Yang penting dapat makan setiap kali meal time.

Jadi kawan-kawan, kalau nak ubah, ubahlah sekarang. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan. Lakukan sekarang.

Yess. I will do it. I will do and I can do!!

Picture from google

Picture from google

True indeed. Take care of your body now. Zaman sekarang sakit tak semestinya waktu tua kawan-kawan. Macam-macam penyakit yang datangnya dari makanan yang kita makan.
 
Dengan DSSS ni kita dapat turunkan berat badan dan satu lagi kita dapat jaga kesihatan juga. So jom bermula sekarang.
 
 
 
 
Till then, Assalamualaikum
 
me.myself.and.i
 
 


Sunday, January 17, 2021

2/2021- My DSSS Journey

Assalamualaikum wbt

Tahun baru ni apa azam uollss..?

Azam tahun lepas dah tercapai ke?

Hihihi

Dari pemerhatian aku lah, orang perempuan ni kan, satu je benda yang selalu aim di awal tahun.. Nak turunkan berat badan. Kan, betul tak..?

Yelah tak semua tapi ada. Tapi last-last ke laut. Aku tak kata kat orang lain, benda ni jadi kat aku je pun. 

Aku macam biasa lah, takdelah aim sangat nak diet, nak kurus ni.. Sebab dah tau selalunya memang hangat-hangat tahi ayam je. Diet, tak makan malam tapi berat liat sangat nak turun. Time naik tu senang je. Last-last ke laut dalam.

Tapi tahun ni lain macam pulak. Banyak baca inspired story and join group yang very supportive so aku nekad azam tahun ni nak turunkan berat sedia ada ke 60 kg. Sekarang berat aku 71kg. Memang obes teruk lah.. Tinggi pulak 153cm je so memang BMI tak normal weii.

So untuk mengelakkan aku terbabas di tengah jalan, so aku join group Diet Suku-Suku Separuh (DSSS). Cara diet ni aku rasa lebih sesuai untuk aku yang ada masalah gastrik.

Ok, apa itu diet suku-suku separuh ni?  Diet suku-suku separuh ni ialah pengambilan makanan yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur-sayuran atau buah-buahan. Diet suku-suku separuh ni adalah saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia jugak tau.

Sebelum tu banyak jugak la baca input-input tentang jenis-jenis diet. Diet pun ada banyak jenis tau. So pilihan di tangan kita nak kaedah mana. Pilih yang terbaik yang tidak membebankan badan dan yang selamat untuk badan kita. Dan yang paling penting in the end kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga.

Pendek kata sihat dapat kurus pun dapat. Siapa tak nak kan.

Actually, aku baru je start DSSS ni pada 11.01.2021. Tak tahu lagi macam mana progress nya. Nak tengok dalam masa seminggu ni ada perubahan tak sama ada penurunan berat atau pun inch loss.

So untuk permulaan, ni lah menu DSSS ku.


12.01.2021
Lunch
Nasi, Ikan Tenggiri Bakar, Telor Rebus, Sayur dan Ulaman

12.01.2021
Dinner
Nasi Ayam, Ayam Goreng, Salad Timun Tomato

13.01.2021
Dinner
Ayam Bakar, Ulaman, sedikit sup ayam

14.01.2021
Breakfast
Roti wholemeal 2 keping with tuna

14.01.2021
Lunch
Nasi putih, ikan bakar,kangkong goreng belacan dan ulaman
  
Ini je lah yang sempat snap.
 
Setakat ni aku rasa diet ni buat aku lebih semangat dan tak stress. Hopefully dapat bertahan sehingga mencapai target yang diidamkan. Aamiin.
 
Till then, bye.
 
Assalamualaikum
 
 
 
 
 
me.myself.and.i




Wednesday, January 13, 2021

1/2021- Welcome 2021

 Assalamualaikum wbt.....


Tiba-tiba rasa semangat nak update blog. 


Entah kenapa.

Tak terlambat lagi kan nak wish new year.

By the way, its 2021 gaiss...tahun 2020 dah berlalu dengan seribu macam peristiwa bukan saja di negara kita tapi di seluruh dunia sehingga diumumkan sebagai pandemik. Covid-19! Selama 3 bulan negara kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan Alhamdulillah kita dapat turunkan statistik kes itu.
 

Bagaimanapun, masuk 2021 sekali lagi dilaksanakan PKP, PKPB dan PKPP serta darurat politik oleh kerana peningkatan mendadak jangkitan covid-19.


Berlapang dada lah.. semoga dengan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP serta darurat politik kita dapat flatten the curve yang keep on rising sejak minggu lepas.


Jaga diri, jangan lupa pakai pelitup muka, kerap basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer jika tiada sumber air, elakkan tempat sesak.. Please stay at home jika tiada urusan urgent di luar.


Itu je cara kita nak hindarkan diri dari covid-19 yang kejam ni.

Ya Allah lindungilah kami dan keluarga kami.. Angkatlah virus covid-19 ini dari bumi ini...Sembuhkanlah pesakit2 yang dijangkiti virus ini..Permudahkanlah urusan mereka Ya Allah...Aamiin...

Sebaknya..sama-sama kita doakan agar tempoh ini berlalu pergi dan bawa bersama virus ini.

Pic kredit google.

me.myself.and.i

Wednesday, December 11, 2019

5/2018~Kehilangan

Assalamualaikum wbt

Draf setahun yang lalu.. dan sekarang 2019 pula akan melabuhkan tirainya juga..

Taip separuh dah merembes air mata tak dapat nak teruskan penceritaan. Maka ku update juga lah dalam blog sebagai kenangan...

Dah lama blog ini terbiar kosong sepi tanpa bicara.

Nak dibiarkan sayang.

Buka tutup buka tutup tiada idea ingin melontar kata.

Ingin mencoret segala terbuku dihati tetapi hati belum cukup kuat waktu itu.

2018 akan berlalu beberapa minggu lagi.

Yang pastinya banyak kenangan pahit manis yang terjadi dalam tahun ini.

Yang manis boleh disimpan untuk diingat di masa datang.

Tak lupa juga yang pahit walaupun sukar untuk ditelan tetapi terpaksa ditempuh juga. Dan akan terpahat diingatan ini setiap waktu.

Jumaat, 8 Syawal 1440H, 3.25 am. Aku kehilangan seseorang yang ku panggil ayah.
Penguat semangat kami 7 beradik. Ayah yang selalu memberikan sokongan terhadap anak-anaknya. Kini pergi buat selama-lamanya untuk bertemu Sang Pencipta. Pemergian yang tidak disangka.

Perit. Pedih. Sakit. Sebak. Sedih. Amat sedih. Sedih memikirkan tiada lagi insan yang kupanggil ayah. Tiada lagi Tok Ayah untuk anak-anakku.

Sebak.

Syawal tahun ini kami menyambutnya di kampung ayahku di Pasir Puteh. Oleh kerana pada bulan September tahun lepas ayahku menyatakan hasrat untuk pulang menetap di kampungnya setelah beberapa puluh tahun tinggal di Kota Bharu.

Terkejut dengan keputusannya tetapi terpaksa akur kerana kerana ayahku sudah membuat keputusan.

Terasa berbeza pulang ke kampung untuk beraya. Dan tahun ini aku tak sempat bergambar bersama ayahku. Sedih jika diingat. Tiada kenangan itu.

Pada 8 Syawal pukul 2.30 pagi, tersedar dari tidur mendapat panggilan dari kakak ku mengatakan ayah sakit. Sakit perut. Sakit yang biasa dialami oleh ayahku jika dia salah makan.

Tetapi kedengaran cemas dan kakakku menberitahuku bahawa dia tengah mengemas untuk pulang menjenguk ayahku memandangkan abangku yang tinggal di Machang telah membawa ayahku ke hospital.

Terus kukejutkan suamiku dan memberitahu berita tersebut dan aku juga nekad untuk pulang ke kampung. Kemas beg pakaian kami dan anak-anak dan sambil itu aku call adikku bertanya keadaan ayahku yang telah sampai di hospital.

Betapa berdebarnya dan takutnya hati dan perasaanku pada ketika itu kerana adikku menangis mengatakan dia takut. Aku cuba untuk bertenang dan menyuruhnya juga bertenang dan mengatakan ayah tiada apa-apa memandangkan ayah sakit biasa-biasa sahaja.

Setelah siap mengemas dan mengangkat anak-anak yang masih tidur, kami pun turun ke kereta dan aku pada masa itu masuk semula ke rumah untuk mengambil tuala. Pada masa itu terdengar telefon ku berbunyi dan suami mengangkat. Dia hanya berkata ok ok.

Setelah itu aku bergegas keluar dan bertanya siapa call? Suami ku memberitahu abangku yang call. Dari raut wajahnya aku tahu sesuatu berlaku. Aku tanya kenapa. Suami cakap, yang, ayah dah takde.

Allahuakbar..

Masa tu aku rasa macam tak percaya, macam bermimpi. Rasa macam waktu berhenti.
Anak-anak dah berada dalam kereta masa tu.
Aku masuk ke dalam bilik tidur dan menangis sekuatnya.
Aku hanya ingin menangis dan menangis.
Menangis memanggil nama ayahku.
Kenapa ayah pergi tinggalkan kami.
Kenapa ayah tak tunggu kami.
Sedihnya Allah sahaja yang tahu.

Suami masuk ke rumah memegang aku. Memimpin aku masuk ke kereta. Aku terus menangis tidak menghiraukan anak-anakku yang telah pun sedar.

Hairan barangkali melihat mamanya yang agak kurang waras masa itu menangis meratap memanggil nama ayah.

Suami ku hanya berdiam diri memandu kereta. Setelah reda, aku terus call kakak aku. Bertanya pada dia bahawa betul ke berita ni. Kakak ku juga menangis.

Lagi sekali aku bertanya pada kakakku kenapa ayah tinggal kita.

Kenapa ayah tak tunggu kita.

Hanya tangisan saja mengiringi perbualan telefon kami.

End of story.. Sedih.

********************************************

Monday, May 7, 2018

4/2018~ DIY Artificial Orkid Yang Menawan

Assalamualaikum..

Wah kemain rajin kan aku update.. Boleh dikatakan setiap hari. Bangga sekejap (flip hair).. Bila dah datang sawan rajin macam ni lah. Idea nak menulis pun datang mencurah-curah..haahhaha ayat sangat tak boleh blah..

Korang suka orkid tak. Err i mean orkid yang artificial. Bukan yang hidup tu atau bukan orkid dalam cerita Sepet :p

Entah bila aku jadi suka sangat kat bunga orkid ni pun aku tak tahu. Maybe masa nak deko-deko rumah sendiri kot. Banyak tengok kat rumah orang nampak cantik sangat kan. So aku pun terjebak sama. 

Tapi orkid ni paham-paham lah ye sangat costly. Depend on dia punya quality lah maksud aku. Ada jugak yang murah tapi tak cantik sangat (pada aku je tau, korang jangan nak membawang). Eh dah memang artificial pun apa masalahnya kan. Haa itu lah lumrah dunia peminat orkid ni hahahaa

Pernah survey nak beli yang dah siap, mak oiii mahai giler harganya kan. Ratus-ratus jugaklah kan. Macam aku cakap tadi yang murah pun ada dalam RM30 macam tu, tengok pada bajet koranglah. 

So nak keluarkan duit ratus-ratus on the spot untuk sepohon bunga artificial ni aku rasa errr agak membazir pulak pada aku yang so-so je hahaha

So, untuk tidak mengecewakan diri sendiri dan bila google tengok kat blog atyfared ada pulak tutorial untuk gubah bunga orkid ni. Yeayy lompat bintang. So apa lagi aku pun terus survey la orkid-orkid di pasaran ni. 

Susah jugak carik orkid kat negeri aku ni. Tak banyak choice. Yang aku jumpa tak meet aku punya piawaian. Eh macam sirim pulak. So misi diteruskan aku survey kat Megalace, Romantika, Kaison dan kedai-kedai bunga biasa pun still takde yang berkenan.

Hingga pada suatu hari, tergerak hati nak ke SSF. Sawan perabis duit datang. Finally, aku jumpa cinta hati si bunga orkid ni kat SSF. 

Tengok harga, telan ailio jap..haha sebab bukan nak beli satu, at least 3 tangkai baru nampak cantik.. So congak-congak dalam kepala, pejam mata dan beli. Rembat jugak daun dia sekali. haha

Aku takdelah beli sekali gus macam tu. Pasu dan bahan-bahan yang lain untuk menggubah orkid ada yang takde kat SSF. So carilah di kedai lain pulak pada bulan yang lain. haha kan, kat situ tak nampaklah banyak sangat belanja aku diy orkid ni..

Banyak pulak membebel.. So jom tengok cara-cara nak menggubah orkid versi aku yang newbie ini..hehe

Ni adalah bahan-bahan utama yang kena ada kalau nak diy bunga orkid. Pasu, daun orkid, span hijau, rumput lumut dan batang rotan.

Ini pelakon utamanya. Yang ni kena ada. Wajibun. Kalau takde yang ni bukan orkid namanya..haha Ni aku beli harga dalam RM26 setangkai. Material dari rubber macam orkid betul je kejadian dia.

Kemudian, masukkan span hijau tadi ke dalam pasu. Korang tengok aku punya span jadi macam apa dah.. haru betul nampaknya. 

Actually, aku tak tahu macam mana nak penuhkan pasu yang bulat ni. Biasa guna pasu empat segi je. Ahh lantaklah, bukan nampak pun bila kita letakkan rumput lumut tu.

Eh tetiba dah siap..Tak sempat nak ambik part yang aku tampal rumput lumut sebab benda tu kan halus dan ringan, asyik nak berterbangan je pastu tambah pulak ada budak kecik dua ketul ni yang menyibuk tengok mama tengah proses diy bunga orkid ni. 

Apa lagi tutorial ke mana orkid ke mana pulak. So marilah cecepat siapkan.

Bila dah siap tak sabar pulak nak letak kat atas meja bulat ni. Tapi macam nampak ketara sangat batang rotan warna coklat terang tu. Itu je yang ada, mak terpaksa beli. 

Tengok dua tiga kali macam tak berapa berkenan pulak dengan pasu tu. Ish, nak kena tukar yang lain rasanya. Nafsu sangat.haha

Biasalah perempuan kan,selagi tak berkenan selagi tu lah..hari tu ke AEON Mall, and tempat wajib aku terjah bila ke situ ialah Daiso dan Kaison. 

Pusing-pusing dalam Kaison tu ternampaklah bakul rotan ni. Terus ambik tak terfikir pun muat ke tak. Sebab kalau tak rembat nanti takut teringat and termimpi-mimpi pulak. 

Bila balik tu terus masuk rumah perkara pertama aku terkam ialah pokok orkid kesayangan ni. Terus masukkan dalam bakul rotan yang baru dibeli tadi nak jugak mention.hahaha Ya Allah macam dah berjodoh pulak, macam dibuat berpasangan dorang berdua hahaa apa aku melalut ni. 

Elok je muat sama tinggi  dan semua lah. Phewwww rasa macam lega dan nasib baik beli jugak hahaha


Cantik tak???

Ok, muka ada senyum dah bila tengok orkid ni. Puas hati sangat bila dah ada seketul kat rumah. Dan lagi puas hati bila dapat buat sendiri orkid idaman hati. Wishlist dah tercapai, boleh sandar belakang kejap. hahha..

Wishlist seterusnya nak beli ini pulak. Tak ingat nama saitifik dia tapi aku panggil pokong pisang tipu.haha Duk termimpi-mimpi je, tapi ya ampun harga nya..sabor je lah.. 

Sempat ke tak nak menabung ni. Tapi bulan birthday ai olls bulan ni..Adoii camana ni. Nak ke grab ni.

Sumber:Google       
Kenapala mahal sangat ko ni. dah la pokok tipu je ;P

Ok, till then, Bye

Assalamualaikum.

Sunday, May 6, 2018

3/2018~Surat Cinta Untuk Mama

Assalamualaikum..

Aleesya ni aku perhati dia suka sangat melukis, tak payah disuruh. Dulu memang dah nampak dah masa 4 ke 5 tahun macam tu, kalau pegang pen dia akan melukis. Bukan menulis. Tapi aku tak pernah pun halang dia melukis, itu yang dia minat nak buat macam mana kan.

In fact, aku jugak yang beli kertas A4 kat dia hahhaha.. Kalau nampak dah habis terus beli. Walaupun ada masa apa yang dia lukis tu tah pape je dan terus buang kertas tu. Menjadi singa jugak la sekejap haha. Ugut kemain tapi esoknya beli pulak. Itu yang masalahnya haha..

Walaupun lukisan dia tu takde lah cantik macam orang-orang dewasa tapi sesuai lah dengan tahap dan umur dia. 

Macam lukisan kat atas ni inspirasi (inspirasi gitu) bila dia tengok movie The Book Of Life. Aku pun kadang-kadang tak terfikir pun nak melukis macam tu..haha dan rasanya kalau aku lukis pun tak jadi macam tu kot haha.. Kalau sape-sapa yang pernah tengok movie tu mesti tahu karakter yang Aleesya lukis ;p
Ok, yang ni kelakar pun ada.. ni gambar family kami. Papa baju belang-belang dan mama pakai skirt uolss.. hahahahaha. Yang pasti kalau dia lukis yang part dia mesti yang paling cantik, tengok adik ada rambut macam upin ipin je hahahaha...

Actually banyak lagi lukisan dia yang aku tak tercapture. Tak sempat dan kadang-kadang dah terbuang dalam bin. Banyak sangat ya ampun..

Aku sokong je apa yang dia minat. Sekarang ni alhamdulillah membaca dan mengeja pun dah boleh. Cuma kena tekankan sikit je lagi. Asyik duk melukis je tak boleh jugak kan. Kena balance lah.

Aku tak letak expectation yang tinggi pada Aleesya. Asal dia boleh faham dan boleh ikut cikgu ajar di sekolah pun Alhamdulillah. Yelah, anak-anak ni tak sama tahap kecenderungan dia. Kita sebagai ibu bapa kena bagi semangat dan menyokong dia.

Aleesya ni sentimental sikit. Semalam, masa aku nak solat Isya' asyik duk bagitahu jangan tengok. Actually dia tengah melukis. Yelah yelah mama tak tengok pun. Lepas tu datang bagi kertas yang berlipat.
Terharu jugak kan kadang-kadang kalau macam ni. Walaupun lukisan simple macam ni je pun tapi amat besar kesannya kat kita. Hargailah anak-anak kita.


Apa yang buat aku lebih berbangga, Aleesya dah pandai tulis dah. Walaupun tak banyak dan walaupun ada satu perkataan yang salah, tapi aku tetap bangga. Ada kemajuan pada Aleesya yang sebelum ni tak tahu pun menulis dan membaca. Bukan tak tahu langsung tapi progress dia lambat compared to orang lain yang sebaya dengan dia.

Tapi aku tak pernah nak compared Aleesya dengan anak orang lain. Jika setakat itu yang dia mampu nak buat macam mana kan. Kita lebih kenal anak kita dari orang lain. Tak pernah push dia dan aku just go with the flow. And sekarang Alhamdulillah, aku dah nampak progressnya. Syukur Alhamdulillah.

So parents, just chill ya, give them time to learn and explore.

Till then, bye.

2/2018~Qada Puasa Ramadhan

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan Mei dah uollss..Hari ni last aku qada puasa..Alhamdulillah berjaya jugak habiskan qada puasa bulan Ramadhan last year. Eh belum berbuka tak dikira berjaya lagi tau hahaha..Insha Allah semoga Allah permudahkan urusanku hari ini.  

Itu lah, awal-awal hari tu tak nak qada puasa.,dah masuk Syaaban kita terhegeh-hegeh nak habiskan. Adoi, tepuk dahi sendiri.

Tahun ni kena istiqomah qada puasa. Kalau tak hujung-hujung tu lah baru nak terhegeh-hegeh. Bukan apa, kerja macam aku ni kan, setiap bulan ada je kena keluar outstation. Ada yang kena drive jauh-jauh. So, aku is tak kuat la nak puasa kalau terpaksa keluar tu. Alasan sangat kan. Lepas tu dengan takutkan gastrik pulak, pengaruh rakan sebaya yang duk mengajak makan hahaha..So cenggitu lah sebabnya, nasib badan lah time-time gini sorang-sorang puasa..

17hb Mei ni dah masuk 1 Ramadhan. Aku berharap diberikan kesihatan yang baik untuk gandakan amal ibadat di bulan yang penuh keberkatan. Amin mudah-mudahan kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk beibadat nanti.

Gambar tidak ada kena mengena. Saja nak tepek gambar dengan encik suami yang tercinta..hahaha Masa ni tengah pregnant kan Afina Sofia 28 weeks. Dan masa ni jugak kami cuti-cuti Malaysia di Sabah. Rindu nya nak pergi Sabah lagi.

Oh ye, jangan lupa 9hb Mei ni ada peristiwa besar di negara kita ye. Setiap 5 tahun sekali kita kena tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Yes, Pilihan Raya Umum Ke 14. Korang sokong sape? Saja tanya hahaha.. Takpelah undi adalah rahsia dan undi adalah hak anda. Undi anda menentukan masa depan negara. Jadi Jom Keluar Mengundi! Wah dah macam iklan tv pulak hahaha.

Gambar:Google


Ok itu saja nak bebel hari ni. Bye.

Assalamualaikum.