Search This Blog

Thursday, October 4, 2012

Along Tersingkir

Assalamualaikum wbt...
 
Alah,Along tersingkir..kesiannya..muda lagi..takpela dik,semoga berjaya diluar..Belajar dulu,yang penting jangan give up..Rezeki ada kat mana-mana..
 
Caiyokk Along..rezeki ada di mana-mana..Dont give dik..
(pics from masterchef malaysia)
 

Apa pun cayalah Izyan..fullmark tu..Orang kalau dah minat masak memang kenal banyak perkara..Hah Izyan ensiklopedia bergerak?Hehehe..memang bijak, Pegawai Sains tu..Go Go Izyan.. Bagus Izyan tolong pulak peserta lain.. Nasib la selamat dia kan..
 
Aku kan pantang la tengok MasterChef ni kalau bab penyingkiran ni menangis bagai.. Iyelah paham nye kami kau tu sedih tapi control la sikit..Oooo tak boleh control ek.. Dah nak bagi penampar kat orang ada jugak rasa nak menangis yek..Apa-pun lepas ni jangan laser sangat mulut tu.. Kan dah jadi bahan..Anyway All the best semua yang masih berpeluang menunjukkan bakat..
 
Bestnya kumpulan biru..Dapat makan free kat Restoran Serai.. Itulah kelebihan pemenang kan..
 
Tapi tak berapa berkenan la bila Chef tanya sape yang dalam kumpulan masing-masing yang bermasalah,kurang bagi sumbangan.. Aku mintak-mintak masa tu Adly dan Ammar tak bagi jawapan masa Chef tanya.. Tapi keciwa sebab dorang bagi nama Cikgu bagi kumpulan Biru dan Atiqah bagi kumpulan Merah..
 
Cool je Along and Ammar

 
Emm bagi aku la kan,tak payah la nak bagitahu nama kat situ, satu Malaysia tahu,kesian pulak Cikgu,anak murid mesti tengok kan.. Ok apa Cikgu,lepas siap kerja terus tanya nak buat apa,niat dia nak tolong ahli kumpulan.. Bukan tak tahu nak buat apa..Itu aku punya opinion..
 
Yang Atiqah pulak, bila Ammar sebut nama dia,hah ambik kau siap nak bagi penumbuk dan cakap Ammar buta..Haihh macam-macam..Siryes aku ingat Ammar akan pilih Che Lah,tapi nampaknya tak..Tapi rasa macam tak manis pulak main sebut-sebut nama kan..
 
Malam ni ada kuliah je..So kita jumpa pulak minggu depan untuk cabaran Peti Saji Misteri ..zzzzzaaaaaaaassss..
 
p/s:Eh bila pulak aku jadi pengulas tak berbayar bagi MasterChef ni???Hahaha...Ini hanya pendapat peribadi saya saja ye...sekian :)

Wednesday, October 3, 2012

Aleesya 10 Months

Ok,come again dear...

Cekidout...

Semangat Red Warrior..Tapi kaler merah nye takde..Ok lah tu..Papa dia punye keje..
 
Exited nak keluar ni..Kalau boleh naik kereta jalan-jalan kemain suke dia..
 
Aktiviti yang dia suka...:)
 
Ralit sungguh kalau boleh tengok upin dan ipin...
 
Eh mana kasut lagi satu? Ikut mama outstation..
 
@The Chicken Rice Shop..Dengar suara dia je..hehehe..Cepat-cepat makan..Papa jom balik..hehehe
 
@Taman..dah pandai pegang sendiri dah..Teruja dia naik motor toing toing ni..Lenkali kita datang lagi ye..
 
Ok,sudah...Next!!!
 


Aleesya 9 Months Old

Marathon update perkembangan Aleesya..sekarang 1 tahun 2 bulan tapi cerita masa 9 bulan pun tak habis lagi...heh

Tembam lagi masa ni..Tangan berketul-ketul...hehehe Dan masa ni pun masih nak lagi dok atas car seat..Tapi sekarang,car seat tu kat bilik stor..hehehe
 
Eksyen nak berdiri aja...
 
Kalau rajin pegang botol susu sendiri..Tu bagi dia minum multivitamin,bancuh dengan air..
 
Hmm..what to say..anak-anak zaman sekarang...Awalnya nak update blog..tapi jadi lain pulak bila ada si kecil ni..tak bagi kan merajuk pulak..
 
See,macam pandai je tekan keyboard..password apa sayang..nak login pesbuk ke?hehehe
 
 
Ok,next!

MasterChef Malaysia 2

Assalamualaikum wbt....

Hai semua..tengok tak MasterChef 2 kat Astro? Mesti tengok kan.. Dah berapa episod dah sekarang ni..4 orang dah tersingkir..Aku follow MasterChef ni dari Musim 1 dan MasterChef Selebriti.. Aku suka tengok orang masak.. Macam best je.. Dan apart from that kita pun boleh belajar kan.. Yelah sebab selain daripada bertanding program ni akan buat kelas setiap minggu dan ketiga-ketiga ( Chef Joe,Chef zubir dan Chef Adu) akan ajar dan share experience diorang..

Terlebih dahulu yang hanyalah pendapat peribadi aku je,takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah takde.. MasterChef Musim 2 ni macam apa pun tak boleh...Sambil-sambil tengok diorang masak boleh tengok jugak ye sesi kutuk mengutuk sesama sendiri..Aduii ini aku rasa macam tak best..Asyik main kutuk-kutuk je..

Setiap kali pun macam tu..Tak semua la,ada yang ok dan ada yang tak ok..Bagi aku diorang ni tak sama dengan peserta Masterchef Musim 1,takde nak gaduh-gaduh..Eh ada jugak kan..Ingat tak kes Zamir dengan nama apa tah tak ingat dah yang tulis novel tu..Gaduh jugak tapi takdela melarat sampai setiap episod kerja nak mengutuk dan asyik tak puas hati aje..

Episod luar malam tadi memang ketara sangat..Setiap kali masak berkumpulan ada saje perbalahan.. Nampak sangat tak boleh kerja berpasukan..Siap ada yang nak bagi penampar lagi..Aduii mulut,sangat tidak hormat..Eh kau dah masuk tv,kau bagi komen for sure akan keluar tv,dari situ orang dah tahu personaliti kau macam mana..Kau ingat kau bagus sangat ke..Kalau pun kau bagus dari orang lain pun,sensitiviti orang kena jaga jugak bro..

Yang sorang lagi pulak asyik nak memberontak pulak keje dia.. Ada saja yang tak kena..Dia tegur orang boleh,orang tegur dia tak boleh..Siap suruh orang buat sendiri kalau dah pandai sangat..Amboi amboi amboi.. Propa mengalah Double A pulak korang ye..Macam-macam..

Dari pemerhatian peribadi aku peserta-peserta Musim 2 ni masing-masing nak tunjuk hebat.. Tak mahu kalah dan pantang ditegur..Susah macam ni.. Berbeza dengan MasterChef Musim 1 kan..Rasa macam masuk MasterChef ni bukan nak jadi Chef pun tapi nak glamer dengan mengutuk dan bergaduh..
 
 
Apapun suka Ammar Etiqa dan Nina...hehehe..
 
Semua nak jadi pengganti Dr Ezani, tapi Dr Ezani tak banyak cakap low profile tak suka salahkan orang lain..Tapi yang sekarang...hmm nan ado..
 
Ok thats all..
 
p/s: Ini hanya pendapat peribadi aku je..Peace.. 
 

Monday, October 1, 2012

Me Dan MakCik B

Assalamualaikum wbt...
 
Kisah ni masih lagi terngiang-ngiang kat fikiran aku.. Hari ni masih lagi bercerita.. Geram,tak puas hati masih ada.. Nasib baik hari tu aku sedar diri aku seorang wanita yang lemah lembut...(ahahahahhaa ketawa jahat)..
 
Minggu lepas aku ke tabung haji bank in duit anak aku.. Dah lama dah nak pergi tapi asyik bertangguh sebab banyak kerja.. Lepas tu bila free alih-alih lupa pulak nak bawak buku simpanan tu..Eh eh macam-macam hal..
 
Pada hari kejadian,aku siapkan borang simpanan awal-awal.. Nasib baik dah siap ambik borang simpanan awal-awal so tak yah nak sibuk isi borang tu masa kat sana nanti kan.. Bila sampai sana ok lagi nasib baik orang pun tak ramai..Wah lama tak datang tabung haji ni no giliran pun dah maju.. Pakai touch screen lagi..Alah macam kat mesin ATM yang touch screen tu.. Nak ambil no giliran pun macam tu tau..Hehehe ke dah lama benda ni? Akukah yang outdated? hahahaha..ada aku kesah???
 
Ok pastu jalan-jalan nak balik ofis masuk jalan pasar sebab jalan luar panas.. So bila jalan-jalan tu nampakla kueh ni namanya aku xberapa pasti tapi yang dibuat berasaskan kacang tanah..hmm susah aku nak describe kueh-kueh kat kelantan ni kan lain pulak orang pronouncekan..hehehe
 
So aku berhenti kat sorang makcik (Makcik A sebab banyak makcik dalam citer ni nanti korang confuse hehehe) ni dan bayar..Kueh tu RM1.00 dan aku bukak purse ada RM10.00,so aku bagi je la..Ikuti dialog kat bawah:
 
Makcik A tu membelek-belek kertas surat khabar  yang buat lapik letak kueh-kuah dia sambil mencari-cari duit kecik nak bagi aku balance.. Dia tunjuk RM1.00,geleng-geleng sambil kata xde duit halus (duit kecik hehehe)
 
Dia toleh kawan-kawan gosip dia tanya ada duit tukar tak..Kawan dia ni bukan mak cik B ni bukan jual kueh tapi datang nak bergosip ke hapa,.. Dok membebel sambil cari duit halus nak bagi kat Mak cik A ni, ada ke dia cakap.........
 
"Pelik sungguh orang ni,beli seringgit tapi bayar sepuluh ringgit"
 
Aiiii mak cik B ni memang nak cari gaduh ni..Menyirap jugak aku,dah la panas-panas..Aku nak beli kueh je,bukan nak dengar ko membebel mak cik B.. Makcik A ni takde pulak bising-bising..
 
Aku apa lagi, takkan diam je kan.. "Eh dah itu je yang saya ada" Makcik A ni dah nampak macam gelabah sebab aku balas balik dengan muka tak puas hati..cepat-cepat dia bagi duit balance tu kat aku..
 
Alih-alih masa aku berlalu pergi tu bunyik lagi mulut dia..Makcik B ni memang nak kena..Dia cakap benda yang sama "Memang pelik la ada ke beli macam ni,pastu kita yang susah cari duit kecik"
 
Aku terus toleh belakang tengok dia panggggg aku bagi kat mulut dia..Nah makcik B,awat lebih-lebih sangat mulut makcik B ni hah...!!!!!
 
Ok,itu hanyalah khayalan aku saja..Geram-geram aku xdela nak jadi kekurangan keajaran macam tu kan..Aku toleh je tengok dia,then aku istighfar sikit2 supaya hilang panas telinga dan aku pikir dalam hati kalau mak cik B tu tak berapa cerdik jangan nak ikut join dia sekali sebab kita kan orang cerdik pandai..haaaaaa kan...Betul betul betul...
 
Ok lantak kaulah mak cik B..Jadinya sampai sekarang aku masih ingat lagi mak cik B muka hang dan baju-baju hang sekali aku ingat wahai makcik....
 
p/s:Aku tak kata aku betul,tapi tu je yang aku ada..duit sepuluh ringgit je,lain 50ringgit..Rezeki dia la tu aku nak berhenti beli kedai dia..Tapi makcik A tu tak salah,makcik B mangkuk tingkat tu yang sebok..Dan sebagai peniaga memang la kena sedia dah memang nak berniaga..Dan agak-agak la,nak beli seringgit bagi 10ringgit,bukan 100 pun..haihhhh..

Me And Felt Craft ~ Sarung Kotak Tisu

Assalamualaikum wbt...
 
Sebenarnya malas nak update gambar craft kat sini..Lambat.. Gambar kraft banyak kat pesbuk etek.. So di atas kerajinan melampau hari ini, so boleh la tengok my hand made ye..

Ni adalah sarung kotak tisu yang ditempah oleh ofismate..Design tu aku wat sendiri..Kadang-kadang ada jugak yang customer request..Biasanya custom made..Customer is king katanya..

Ada yang request nak letak nama..So kalau nak nama tambah sikit kos..Dont wory,murah-murah saja..:)
 
Juga boleh request colur..:)
 
Cantik tak..So kalau nak tanya or nak tempah boleh emel di suria_sy83@yahoo.com..

Tips Rumah Tangga Bahagia

Assalamualaikum wbt
 
Kelu. Tak tau nak taip apa.. Asyik gostan balik je.. Takdak idea..Jalan-jalan cari info jumpa tips ni kat alhelmi.tripod.com..(Mintak share ye)
 
So jom jemput-jemput tengok kalau kita dapat ambik satu dua tips ni untuk sama-sama tambah perisa dan menjadikan rumahtangga lebih bahagia.. Untuk sape-sape yang belom kawin tu boleh la nak tambah-tambah ilmu pengetahuan ye..Takkan bila dah kawin baru nak belajar kan. So cekidaout..

 
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."


 
p/s:Sama-sama kita amalkan ye..Sharing is caring :)