Search This Blog

Thursday, November 26, 2015

18/2015~Quiet Book

Assalamualaikum wbt

Bulan lepas akak dapat whatsapp dari kawan ex ofis di Terengganu suh buatkan Quiet Book. Quiet Book femes lately dikalangan crafter-crafter..

Akak dah lama rehat during pregnancy ni..Tak nak buat kerja rushing-rushing..Tapi bila kawan cakap tak rushing so its ok, boleh try..

Kawan akak ni nak buat yang simple-simple je, sesuai sangat la dengan situasi akak sekarang..hehe

Jomla tengok gambar..






Buku ni akak buat 5 muka surat with felt ofkos..Kawan akak tu nak design dia macam ni..Dalam tu ada shape ; triangle, square, round, love and star..

Ok,till then..

17/2015~ Jahit Skirt Untuk Aleesya

Assalamualaikum wbt..

Semakin semangat akak menjahit lately ni..Weekend haritu buat skirt untuk Aleesya.. Masa tengah potong kain tu dah inform kat dia mama nak buat skirt princess..Kemain suka la dia sebabnya memang sekarang tengah mood princess to be pulak..Exited la..

Tapi pattern ni akak buat yang simple je dulu sebab baru nak belajar kan.. Kain pun yang dah ada balance buat sarung bantal..hehe tapi still kain cotton..

 Bila dah siap pantang ajak ambik gambar posing ala model terus..hahaha

Kebetulan masa buat tu anak sedara belah hubby (twin gegirl) ada balik sini so terus buat sekali untuk dorang...
 Jadilah kot..

Gambar blur pulak..adeh..

Pastu bila dah rasa macam ok la kot, jadik la skirt tu nampak gaya..terus google yang skirt kembang sikit, ada la dia punya tutorial tu tapi nak potong kain tu mcam susah sikit siap ada pengiraan...hahha

Then dia punya tutorial guna elastic band yang colour-colour punya sebab nak jahit terus tanpa cover dengan kain macam skirt yang sebelum ni..Biasa la kat negara akak ni susah nak cari alat-alat jahit yang gedebance punya ni bahahaha..gina elastic band yang biasa je la..

 See..dia punya lentok..hahaha

Twirly Skirt..suka kemain cik kak kita ni sebab bila pusing-pusing jadi kembang macam princess.. Seronok la..
 Terus ajak pi umah Tok Mek dia nak tunjuk skirt princess dia..

See cantik kan pattern twirly skirt ni..Berombak beralun gitu..Puas hati buat bila anak suka..wink***

Thursday, November 19, 2015

16/2015~Diy Nursing Cover

Assalamualaikum wbt..

Gigih betul akak sejak dua menjak ni..Opps terpuji diri sendiri pulak hauahauaua...

Sejak banyak google tutorial kat pinterest ni semua benda akak nak DIY je..hehehe

Actually lepas buat nursing pillow, akak jahit try jahit sendiri pulak nursing cover ni..Kain cotton dah ada,lama dah beli kat Kamdar ada beberapa tahun lepas. Tapi rasa menyesal pulak lepas tu sebab tak beli macam-macam design..Masa tu design kain semua cecantik..

Tapi takpelah, takde rezeki kan..So macam biasa lepas study tutorial akak tengok bahan-bahan pun tak susah cuma boning yang kebanyakan tutorial dari overseas guna untuk kasi lengkung sikit kat bahagian atas tu akak tak jumpa.

Bukan tak jumpa, tapi bila tanya kat kedai jahit mostly tak tau boning tu apa..hahaha ke panggil apa ek kat sini..Ada sesape tahu tak?

Gambar yang dah siap je pun...susahla nak menjahit nak pegang telefon bagai nih...

Amatur macam akak ni tak expert lagi..hahhaa

Ni lah lebih kurang nursing cover akak punya version..walaupun takde boning bagai, still melengkung jugak kat situ you ollls...hahhaha

Nak tahu akak letak apa, kertas pengeras yang awning tudung tu ler..orang panggil apa ehh? Boleh la cukup syarat sebab nanti function nak jenguk baby kat situ la kekdahnya... 

Kalau ikut tutorial dorang guna D-ring. Akak ada stok D-ring tapi kecik sangat..Malas pulak nak menyopping online D-ring yang size besar sikit tuh..Kalau tengah kalut nak tied up tali tu boleh mengamuk jugak rasanya..So akak derhaka sikit guna benda hitam tu.. Actually pun ada kat rumah jugak dah beli dulu entah nak buat apa dah tak ingat..So im use this black ring..haaa kau senang akak bagi nama dia..hahaha

So jadilah nursing cover akak punya version..Walla, senang je rupanya, haa akak terbangga sedikit sila abaikan lah ye hehehe..korang kalau nak buat sendiri  pon boleh jugak..Nanti kalau emergency nak breastfeed kat tempat awam takdelah segan sangat kot..


Ok, till then.

Tuesday, November 17, 2015

15/2015~Diy Nursing Pillow

Assalamualaikum wbt

Hye semo...phewww..2nd pregnant akak selalu je semput..Adeh, kalau tak makan tak boleh, then kalau makan pulak semput.. Rasanya makan pun bukan dalam kuantiti yang banyak pun :P

Tapi pejam celik pejam celik Alhamdulillah dah 5months ++ dah akak..Syukur sangat..Baby pun memang kuat bergerak dah dalam perut mama dia ni..Kekadang geli pun ada hahaa..kekadang tak sedar pun..

Ok, pregnant kali ni dah alert dengan tips tips pregnancy yang banyak di share dalam laman sosial as well as keperluan preggy mummy and baby..

So macam keperluan preggy mummy sekarang ni ialah maternity pillow untuk tidur yang lebih lena, pastu untuk lepas deliver nanti pula nursing pillow untuk bagi ibu-ibu lebih selesa semasa breastfeeding,kemudian nursing cover untuk ibu-ibu masa breastfeed kat luar atau jika ada tetamu datang rumah nak lawat baby, so boleh cover kan..

 Google

Akak ni bila dah masuk 5months ni tengah survey-survey la kan benda-benda kat atas tadi tuh.. Ya ampun, satu-satu barang tu mahalnya :P..bagi akak la hahaha.Ye akak paham, semua tu custom made pastu material pulak 100% cotton rasanya dan memang mahal harga semeternya kan..no wonder lah kan..pastu kekdah nak membuatnya pulak ingat senang ke jah...perlu kesabaran dan skill jugak tau..dah tu lagi nak komplen kan...hahaha

Zap zap terus cari tutorial camana nak wat nursing pillow tu..hahaha Punyala zemangat waja nya kan..Bila dah jumpa tutorial yang best and study camana detail process akak dengan exitednya mengajak Aleesya pecut ke Nagoya..mencari kain cotton yang best sikit, dah tengok kat kamdar beza pulak price dia and design kain pulak xberapa nak zaaaasss sangat..hahaha tapi opkos la xsecantik cotton yang dijual online tu..

Sedang elok masa tu cuti lama pulak, Deepavali bersambung dengan Keputeraan Sultan Kelantan..woooweee projek menjahit is ON bebeh..

Nursing Pillow
Pattern
Kain Putih Biasa 1 meter
Fiber


Hahaha..tak sempat nak ambik gambar masa dok tengah buat pillow ni..dah siap baru akak teringat..haha

Nurisng Pillow Cover
Pattern
Kain Cotton 1meter
Zip 16"
 
Ok lets see versi akak yang tak seberapa ni...

Free Pattern ni akak print out kat blog madebymarzipan.com (Thanks Marzi)..so kalau korang nak wat sendiri boleh la print out kan ye dan tutorial pun akak refer situ jugak.

 Ok bila dah potong ikut pattern, jadilah macam ni..

Then, dah siap jahit, yang melengkung tu kena potong tiga segi sikit (susah nak explain) nanti bila dah terbalikkan kain tak berkedut-kedut sangat kat situ..

 Ok terbalikkan and boleh iron sikit untuk memudahkan kita nak attach zip nanti..

Zip tu akak letak kat belakan senang nak jahit and nak masukkan pillow tu dalam cover..

 Ok dah siap jahit zipnya..

 Dah siap..
 Taararrraa...
There is my nursing pillow..yahhhuuu..I made my own nursing pillow (Bangga tau akak hahaha) ..satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata bagi amatur macam akak ni...waaahhh ayat memang takleh blaahh...hihik

Ok semua..selamat berDIY!!!!

Tuesday, October 27, 2015

14/2015~Teratak Kecil Kami In The Making

Assalamualaikum wbt

Panjang rasanya perjalanan kami suami isteri yang berhasrat untuk tinggal di rumah sendiri..

Apa taknya, proses beli tanah roughly ambik masa setahun, pastu tahun ni pulak start dari bulan Februari ke Mac macam tu la (seingat akak la sebelum pelasanaan GST) proses menyiapkan pelan rumah.

Nak tunggu pelan rumah siap dengan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan tu Ya Allah, ambik masa yang sangat lama. Actually dalam 4 bulan lebih rasanya.

Kelulusan daripada PBT dapat dalam around bulan Ogos. Alhamdulillah, finally, then hantar plan rumah ke Jabatan Penilaian untuk dinilai. Lepas Jabatan Penilaian nilai pelan rumah dengan jumlah pinjaman kemudian pihak Penilaian akan proceed pulak ke Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Gittew

14 September 2015 Jabatan Penilaian inform hantar permohonan pinjaman akak ke BPP melalui emel..Alhamdulillah pada 15 Oktober 2015, pinjaman akak telah diluluskan. Ok, noted di sini, sebulan jugak untuk dapat kelulusan pinjaman.

Dan seterusnya, kena hantar surat setuju terima pinjaman ke BPP dalam masa 14 hari dari tarikh pinjaman diluluskan barulah BPP akan buat proses gadaian dengan Kerajaan Malaysia sama dengan proses beli tanah jugak.

So, lawyer cakap, proses gadaian tu ambik masa sebulan jugak,barulah BPP akan salurkan pinjaman ke pihak lawyer sebagai orang tengah untuk bayaran kemajuan kepada kontraktor nanti. Jadi sekarang dan akhir bulan Oktober, jadi ambik masa sebulan, so akhir November baru boleh start pembinaan rumah..bahahaha..

Rasa nak gelak pun ada..Tak tau dah nak rasa apa.Kekadang, akak follow the flow je, biar lambat asal selamat je kekdahnya..hahaha..Tetapi, kalau korang yang urgent yang nak duduk rumah sendiri akak suggestkan cari la rumah yang pemaju yang jual je..Senang cerita.

Tapi itulah,akak tak mampu nak beli rumah dulu-dulu sob sob, kelayakan tak mencukupi sebab harga rumah dah mahal masa tu.. So sabar jelah, buat jelah cara ni, maybe itu yang terbaik bagi akak kan ecececehh.

Mimpi jelah sekarang ni bila la nak siap teratak kecil akak tu..huh


Teaser.. Inilah pelan bahagian depan my Teratak Kecil akak..Inshaa Allah

Jomlah verangan dulu...;P

Wednesday, October 21, 2015

13/2015~ Bestnya Qaseh Gold Adinda

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah sekarang dah 18weeks..dan Alhamdulillah baby membesar dengan baik..Mama pun makin membesar dengan baik..Dah naik berat badan dah selepas turun 1st trimester hari tu.. Dan MOGTT punya result pun dah keluar..Alhamdulillah akak tiada masalah, hb pun maintain 12..Alhamdulillah..nak gi klinik baru makan ubat sebab rasa macam loya nak telan 3sekawan tu (asid folik, b complex dan zinc) haduii..

Tapi sekarang akak consume Qaseh Adinda..Nak menjadi asbab ke akak tak tahulah kan.. Akan consume Qaseh Adinda ni lepas 1st trimester sebab nak dapatkan tenaga balik lepas teruk morning sickness hari tu.. Biasanya supplement ni bagi ibu-ibu mengandung sesuai diambil ketika usia kandungan sudah masuk 3 bulan..

Dapat tau pasal Qaseh Adinda ni sebenarnya dari kawan sekolah menengah dulu..Duk stori mori pasal letih sangat dalam 1st trimester tu, ingat nak try VCO (Virgin Coconut Oil) tapi takde stok masa tu..So kawan suggest consume Qaseh Adinda atas pengalaman dia sendiri..Actually adik ipar pun ada consume jugak so akak mintak try dengan adik ipar dulu sikit then rasa-rasa macam boleh je so order la satu dengan kawan..

Qaseh Adinda ni banyak kelebihan dia.. Nanti boleh tengok gambar kat bawah.. Akak bukan jual ye.. Saja sharing is caring.. Sejak makan Qaseh Adinda ni akak senang je tidur malam, bertenaga bila bangun pagi, HB masa mengandung dah 18 minggu ni maintain 12 (ubat klinik bagi tu on and off) tapi sekarang akak dah start disiplin makan balik ubat tu (Asid Folik, B Complex, Zinc) dan juga masalah keputihan juga berkurangan..Alhamdulillah, pun juga atas izin dariNya jugak,kita hanya berusaha sahaja :)



Produk QasehGold ni diformulasikan dari makanan sunnah, so sangat berbaloi kan..

Jom berQaseh :)


Thursday, October 1, 2015

12/2015~Syukur

Assalamualaikum wbt..

Dah berbulan lamanya tak menulis.. Rasa macam rugi pulak tak mencoret segala kenangan kat sini.. Nanti nak refer senang kan.. Atau nak recall balik memori lama tu buleh la jenguk blog sendu ni kan.bhahaha

Ok..dalam tiga bulan ni duk bertapa sekejap sebab morning sickness yang teruk.. Alhamdulillah,bulan Ramadhan yang mulia hari tu buat test and the result is positive..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..Sepanjang 2minggu terakhir Ramadhan tu akak masih belum rasa apa-apa dan boleh berpuasa dengan selesa sampai ke hari terakhir Ramadhan..

Bila dah 2 minggu after raya akak dah rasa tak sedap badan..Ingatkan dah takde dah masalah morning sickness tu tapi apakan daya..Bukan kerja kita semua tu kan..Terima dengan hati redha walaupun kadang-kadang ada jugak mengeluh sebab dah letih sangat..hehe

Alhamdulillah dah habis first trimester dah..Tapi dugaan pregnant kali ni banyak sungguh..morning sickness agak teruk..Tapi kalau nak diikutkan masa mengandungkan Aleesya dulu pun teruk jugak morning sicknessnya..Berat turun 4kg..Masa mengandung Aleesya hari tu 5kg..But tu lah still lagi bersyukur sebab ibu-ibu lain punya morning sickness sampai ada yang warded..Akak cuma rehat kat rumah jer..

Dan oleh sebab akak ada miscarriage punya history..kena beringat..Takut sangat terjadi lagi.. Dalam tempoh 1st trimester tu akak memang tak masak langsung..Bukan taknak masak tapi tak boleh..penyapu pun buat masa ini belum pegang lagi :P

Bukan apa, dalam 3 bulan tu memang akak bleeding.. Ya Allah masa first bleeding tu takut sangat..Masa tu 9weeks kalau tak silap..Terus pi klinik jumpa doktor dan scan.. Syukur doc cakap baby ok..Doc tunjuk jantung baby bergerak..Alhamdulillah..Doc advise jangan aktif sangat,pastu kebetulan pulak masa tu office panggil kursus kat Kuantan..So doc buat memo untuk akak inform bos untuk dapatkan pelepasan..

So jadinya memang tak boleh buat kerja berat langsung la..Outstation pun tak pergi mintak excuse dengan bos sebab taknak travel jauh..Nasib baik bos amat memahami.

Sekarang dah 16weeks..hopefully baby sihat walafiat dan membesar dengan baik..Masa 12weeks jumpa doc selepas buka buku hari tu pun doc cakap baby ok..Alhamdulillah..Oh masa 12weeks tu akak dah kena MOGTT dah..awal kan..Prosedur sekarang kena wat awal-awal untuk tentukan ibu-ibu tiada masalah..Result tak tau lagi, nanti next week ada appoinment baru tahu.. Mudah-mudahan takde masalah.Aamiin..

Ok tu jela nak bebel hari ni..Ni pun dah letih rasanya :P

Ok till then..