Search This Blog

Monday, October 1, 2012

Me And Felt Craft ~ Sarung Kotak Tisu

Assalamualaikum wbt...
 
Sebenarnya malas nak update gambar craft kat sini..Lambat.. Gambar kraft banyak kat pesbuk etek.. So di atas kerajinan melampau hari ini, so boleh la tengok my hand made ye..

Ni adalah sarung kotak tisu yang ditempah oleh ofismate..Design tu aku wat sendiri..Kadang-kadang ada jugak yang customer request..Biasanya custom made..Customer is king katanya..

Ada yang request nak letak nama..So kalau nak nama tambah sikit kos..Dont wory,murah-murah saja..:)
 
Juga boleh request colur..:)
 
Cantik tak..So kalau nak tanya or nak tempah boleh emel di suria_sy83@yahoo.com..

Tips Rumah Tangga Bahagia

Assalamualaikum wbt
 
Kelu. Tak tau nak taip apa.. Asyik gostan balik je.. Takdak idea..Jalan-jalan cari info jumpa tips ni kat alhelmi.tripod.com..(Mintak share ye)
 
So jom jemput-jemput tengok kalau kita dapat ambik satu dua tips ni untuk sama-sama tambah perisa dan menjadikan rumahtangga lebih bahagia.. Untuk sape-sape yang belom kawin tu boleh la nak tambah-tambah ilmu pengetahuan ye..Takkan bila dah kawin baru nak belajar kan. So cekidaout..

 
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."


 
p/s:Sama-sama kita amalkan ye..Sharing is caring :)
 

Thursday, September 27, 2012

Aleesya 8 Months Old

Assalamualaikum wbt..

Aku rasa Aleesya ni cepat je membesar..Daripada meniarap, merangkak dan sekarang dah start bangun dah..Alhamdulillah perkembangan dia baik.. Tapi aku rasa rindu masa dia baby..Masu duk terlentang je ikut orang letak..Tak pandai nak gerak..Tapi sekarang..Cepat aja dia..Pantang letak dah bangun bergantung di sofa..Adoii bimbang jugak takut terjatuh..

Pantang tinggal sikit cepat je dia bangun..bukan stabil lagi pun,tapi dia je berani..
 
Suka dapat makan..hehehe sayang mama..
 
Ni bukan toys ye...hehehe
 
See..suka benar bangun,dan frame gambar jadi mangsanya..

Saya dah nak jalan la mama...
 
Yeay saya dah boleh duduk tanpa bantuan..Yelah tu kejap lagi tumbang..hehe
 
 
Ok thats all..:)


Aleesya 7 Months Old

Assalamualaikum wbt...
 
Masa ni Aleesya dh meniarap dan dah start angkat dada nak merangkak.. Gigihnya dia nak angkat badan nak merangkak..
 
Bila pandai meniarap dan heret dada ni,habis ceruk rumah dia masuk..Kena make sure lantai selalu bersih kalo tak baju bertukar kaler..hihihihi..

Suka dia..

 
Ni teddy bear aunty yatt @ myhaiqal.blogspot.com bagi.. Mula-mula dia takut tapi sekarang ni kalau nak tido kena ada teddy bear ni wat peluk..hehhe
 
Yeay saya dah pandai meniarap...
 
Ni dah boring tahap gaban..berguling-gulingan sudah..
 
Hye....mama ambik gambar saya ye..
 
Apa pandang-pandang..:)
 
 
Ok sambung next..happy day semua..:)
 


Me & Syawal 2012

Assalamualaikum wbt..

Hye semua..Baru berkesempatan untuk buat wat entry ketika Syawal..Hahhaa..Dah masuk bulan Zulkaedah dah pun..Apa punya lambat la..Hihihihi xpe asal ada kan..Untuk kenangan di hari tua..

Us in yellow theme..:)
 

Kali kedua sambut syawal bersama suami dan anak. Masih bertiga..Alhamdulillah..Masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t untuk menyambut Aidilfitri.. Alhamdulillah juga sepanjang bulan Ramadhan lalu aku tidak diganggu oleh penyakit yang sentiasa menemani aku..Hehehe gastirik! Setia sungguh dengan aku sekarang kau yek..Itulah keberkatan Ramadhan dan aku bersyukur dapat melakukan ibadah itu tanpa keuzuran..Opps keuzuran yang itu wajib..hehehe

 

Ini lah baju raya aii..hehehe
 
 Ni la baju kurung saya..cantik tak?

So Syawal kali ini encik suami yang decide kaler. Katanya nak kaler kuning..Ohh ok,mencarik bagai juara jugak la kaler kuning diraja ni.. Ingat macam senang kan.. Yela kaler-kaler primer kan..Baju aku,baju melayunya dan baju si kecik punya susah nak match kaler..Alahai sampai give up jugak dan siap nak merajuk nak tukar kaler..

 Mak ai dan bersama tok sedara(mok nik) belah ayah ai..

Pada suatu malam keluar ke bandar,alhamdulillah jumpa baju kurung yang kecik kaler kuning..Cantiknya...Terus grap untuk Aleesya..Ok yang anak punya dah setel, melilau cari baju melayu bapaknya pulak.. Dari satu kedai ke satu kedai.. Takde kaler yang berkenan.. Bila jumpa kaler size pulak xdop..aiihhh Susah la yang..Cemana ni?? Hubby cakap xpe adanya..Tunggu malam raya mesti ada..Kalau xde cmana?ehhhhh...Kain untuk buat baju kurung pun nan ado jugak kaler kuningnya..Adoiii kenapa susah sangat ni..Macam nak tukar tema pulak..
 
Kakak sulung,mok nik, pok nik, abg ipar

Cari punya carik tak jumpa..sekian balik rumah dengan keciwa..Pencarian masih lagi diteruskan dan masih belum lagi berjaya..Ku gagahkan kaki ke Pasar Siti Khadijah akhirnya..Mencari-cari bak tawaf dari satu kedai ke satu kedai.. Akhirnya bila berjumpa dengan seorang makcik ni, dia cakap semua ada yang aku cari.. Dan aku bagai menyerah diri bagitau dia yang aku nak kain pasang baju kurung dan baju melayu kaler kuning..Menghilang sekejap di balik kain dan zaaaaaaaaapppp makcik datang bagaikan penyelamat padaku..
 
Aleesya dengan cousinnya Aleena

Ni dik,bulih ko?

Ohhh mokcik,mekasih deh...
 
masa ni aku macam nak salam cium tangan ngan mak cik ni..hehehehe
 
Leloh doh saya cari mutar-mutar brapo hari dh xjupo hk keney..mekasih mok cik deh..
 
Hari raya kedua kita menziarah umah mak2 sedara di pasir puteh

Bila tanya harga and bargain lebih kurang..aku terus bayar..Ohh suka hati bukan kepalang..Status pencarian sudah berakhir..Mahu saja dipost status di pesbuk...Opps itu bukan aku..hahahaa..itu orang lain yang nanti aku kabor later-later deh..
 
Accident..
 
On the way kelik ada accident di kanan jalan...Terbabas..Musim raya banyak sangat accident..Banyak sangat kereta..Dan kat sini start makan jem...adehh lenguh belakang..Sudahnya esok xmo jalan-jalan..
 
 
Ni sebahagian daripada anak-anak buah aku..yg kecik2 je exited nak bergambor yang besar wat hal sendiri..peace semo..Semua ikut arahan aku..hihiihihi
 
Haaa camtula serba sedikit kisah syawal kami..Gambar banyak xsempat nak snap..Gambar keluarga besar kami xsempat nak snap sebab masing-masing ada yang beraya umah mertua masing..Tak best kan..Rindu nak berkumpul adik beradik macam dulu dan bergambar..
 
p/s: Thanks baca post ni..:)


Wednesday, September 26, 2012

Aleesya 6 Months Old

Assalamualaikum wbt...

Kembali menghapdate post untuk aleesya..Bila tengok gambar budak kecik ni masa dia umur 6 bulan, haihh ke main tembam nye pipi.. Geramnya..

 
Masa ni nk pergi kenduri kawin kawan aku..dulu berdua je sekarang bertiga..hehehe..Makan pulak kena bergilir-gilir..Macam tulah kalau dah ada anak ye kawan-kawan..Kalau tak hadir majlis pulak kan jadi anti sosial pulaks..hihihihi..
 

 
First time bawak pi jalan-jalan kat taman.. Suka tengok budak-budak duk main gelongsor,lari-lari sana sini.
 
Hye, nama saya Aleesya Damia..hehehe :p

Thursday, August 23, 2012

My Homemade Tart Nenas

Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Raya Aidilfitri pembuka bicara..Dah 5 Syawal dah. Kejap je pun. Baru semalam rasa 1 Syawal.. Dah balik ke anak-anak perantau sekalian? Adakah cuti belum habis lagi..Hehehe.. Tak puasa lagi beraya di kampung. Aku pun rasa macam tu jugak. Lagi dua hari masuk opis. eiii boringnya..

Jadi before stori-stori pasal kisah raya yang panjang itu, aku nak cerita pasal tart nenas. Sedap kan. Aku kalau juadah kuih muih di hari raya mesti nak cari tart nenas dulu. Best.

So tahun ni aku bercita-cita nak buat sendiri tart nenas ni. Biar puas hati dapat makan banyak2..Semua aku nak buat sendiri kan. Godek-godek resipi dalam internet so akhirnya aku terjumpa resipi yang pada aku ringkas dan agak senang dari  Mat Gebu..

Jemput-jemputlah singgah ke blog beliau.. Banyak resipi menarik sampai meleleh air liur masa blogwalking di bulan puasa..hehehe..Mintak halal ye Che Mat :)

Dengan semangat nye aku buat tart nenas gulung ini dan bawah ni hasilnya..



p/s: resipinya boleh didapi di www.tiffinbiru.com . Selamat mencuba!