Search This Blog

Wednesday, June 15, 2022

1/2022 - Short Vacation To Penang ~1st Day at Kampung Agong, Penaga

Assalamualaikum wbt semua..

Dah lama tak update blog. Tapi kan sekarang tak ramai dah blogger yang aku follow update blog. Terasa suram dah dunia blogger ni. Maybe peredaran masa kan dan ramai beralih ke medsos lain yang lebih in sekarang.

Aku yang suam-suam kuku pun malas tapi bila sesekali baca story lama best jugak. Mengimbau kenangan semua tu. So nak tak nak mari lah yang suam-suam kuku ni lah update hahaha.

Well start dengan bulan Jun, cuti sekolah datang lagi. So cut it short, aku dah suami plan nak short trip ke Penang.

Kami bertolak pada hari Jumaat 03 Jun 2022 lebih kurang pukul 8 pagi. Breakfast dengan minum milo je dulu. Aku ada buat bekal sandwich, mihun goreng, nuggets dan sosej untuk kids. Of course ada roti jugak. Suami je makan dulu, aku dan anak-anak tak lalu lagi pepagi nak breakfast, tambah-tambah nak rushing makan so takpelah nanti kita berhenti kat RNR ke apa atau makan je kat atas kereta, apa ada hal kan. Kita buat dia hahaha. Tiber.

So dari rumah area Bachok arrive kat Petronas Jeli pukul 9. Perut dah berkeroncong mintak diisi. Untuk elak apa-apa jadi sepanjang vacation ni so baiklah berhenti makan dulu. Kan datang angin kus kus tak seronok pulak nak cuti-cuti kan. Kat sini makan bekal mihun goreng dan sandwich, kids makan nuggets n sosej.

Lepas kenyang semua kita pun mula perjalanan balik. Dah lama tak naik jalan bukit-bukit ni. Pening jugak la kepala aku ni. Jalan raya pun boleh tahan jugak la berlubang sana sini haihhh.

Sepanjang perjalanan kat atas bukit Jeli-Gerik ni aku duk berdoa dalam hati mintak dijauhkan  berjumpa dengan gajah. Bukan apa, ramai duk update jumpa dengan gajah kat jalan Jeli – Gerik masa pulang beraya bulan lepas. Habitat dia kat situ nak buat macam mana kan. Cuma kita kalau boleh tak nak lah jumpa dengan dia. Takut. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik lancar tak bersua dengan gajah atau pun binatang liar lain. Syukur Alhamdulillah.

Cuaca pun sangat cantik hari ni. Alhamdulillah.

Lebih kurang pukul 2.30 petang sampai kat Kampung Agong, Penaga Pulau Pinang. Eh dah kenapa tiba-tiba pulak sampai Kampung Agong ni kan hahaha. Kampung Agong ni memang dalam list dah nak kena sampai bila ke Penang. So kami plan untuk singgah terus sini sebelum masuk Georgetown.

Aku dah pasti mesti ramai yang dah tahu pasal Kampung Agong ni kan atau nama sebenar Homestay Kampung Agong, Penaga. Kawasan seluas 10 hektar penuh dengan props untuk bergambar ala-ala di Bali katanya. Sangat cantik dan mendamaikan. Duduk berjam-jam pun tak terasa except lenguh kaki dah nak berjalan.

Ok serba sedikit info : Homestay Kampung Agong, Penaga

Kampung Agong terletak di tanah besar, di Penaga dan kira-kira 50 minit untuk sampai ke Georgetown. Pemilik menamakan Kampung Agong sempena nama panggilan datuknya iaitu 'Agong'. Kampung Agong dibuka untuk orang ramai pada Ogos 2019, di kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai kira-kira 500 pokok kelapa yang dikelilingi sawah padi.

Waktu operasi  ll 9.00 pagi – 6.00 petang ll Dibuka setiap hari

Bayaran Masuk ll Dewasa RM10 dan Kanak-kanak RM5

Bayaran Parking ll RM3 ll

Makanan dari luar tak boleh di bawa masuk. Tapi jangan risau kat dalam Kampung Agong pun ada cafe jugak. Ada tempat jual ais krim dan air mineral. So kalau tak nak lapar baik makan sesiap untuk tak mengganggu mood korang nak posing nanti hahaha.

Kat sini dont worry, tak panas sebab penuh dengan pokok-pokok kelapa, angin sepoi-sepoi bahasa terasa nyaman dalam suasana kampung. Pondok-pondok pun ada banyak kalau rasa dah tak larat nak berjalan. Yang paling aku suka tong sampah banyak hahaha. Ok jomlah tengok gambar. 





Memang macam suasana perkampungan dulu-dulu kan...





Kedai souvenier

Ok next jom layan gambar tuan punya blog dan family pulak hikhik.



Salah satu sarang burung kat Kampung Agong. Nak bergambar kena naik tangga. Gayat juga lah aku. Tapi lebih kepada takut anak-anak jatuh hahaha. Mak mak kan haisyhh. 

Buaian pun ada banyak jugak. Siapa yang nak fefeeling princess boleh lah hahaha. 



Amboi kemain suamiku. Macam model tak berbayar.

Aleesya Damia my first daughter,kejap je dah 11 tahun. Rajin tolong mama. Dah nak sama tinggi dengan mama dan boleh layan mama nak ootd  hahaha.

Afina Sofia my 2nd daughter, 6 tahun dah. Sekarang kat Pra Sekolah. Sangat ceria, energetic macam mama dia hahaha

Alya Irdina my third daughter. Panjang sangat akalnya. Ini budak kan sangat cranky masa ni. Sebabnya dia nak poo poo. Tak selesa kot, nak meneran kat tempat open macam ni hahaha. Semua dia tak nak. Asyik nangis je. Bila check pampers ada sesuatu lah. So suami keluar ambik keperluan untuk tukar nappy. Lepas basuh poo poo Alhamdulillah kembali ceria. 


Us

Cantik kan pemandangan kat belakang kan. Tu masih dalam kawasan Kampung Agong lagi tau. Nak pergi kawasan belah sana, sama ada dengan berjalan kaki sambil tengok pemandangan ataupun dengan menaiki tram. Ya ada tram jugak, kalau dah tak larat nak berjalan atau nak rasa pengalaman naik tram boleh la beli tiket RM3 seorang, kanak-kanak 3 tahun ke bawah percuma. Terlupa pulak nak ambil gambar tram tu. Aku pilih naik tram untuk bagi pengalaman kat kids. Seronok tengok dorang happy. Excited naik tram.



Sekali-sekala

Gambar kat atas ni kawasan belah sana lah. Pun macam-macam props ada, sarang burung, buai, rumah kampung pun ada jugak, tempat simpan padi. Aku tak larat nak beratur ambil gambar dah, jalan-jalan tengok suasana je. Tapi mendamaikan sunguh kat sini. Series.

Kalau nak balik semula kat tempat mula-mula tadi kita boleh tunggu tram, tram tu akan datang ulang alik hantar orang. Dia akan bagi masa 30 minit untuk tengok dan bergambar kat situ. Tapi kami tak tunggu tram pun, saja berjalan kaki through sawah padi. Memang ni first time lalu sawah padi macam ni. Cantik sangat pemandangan sawah padi ni.

Fefeeling princess.. Giant swing. Belakang tu pemandangan Gunung Jerai tau.

Mak anak tiga hahaha

Ok, jalan-jalan sekejap nak sampai kat entrance. Banyak lokasi jugak tak sempat nak bergambar. Masing-masing dah penat. Takpelah dapat tengok dan rasa suasana tu pun dah happy. Dekat 2 jam lebih jugak spend masa kat sini. 

Last but not least, tempat wajib untuk bergambar kalau datang sini kan. Overall, semua happy dapat jalan-jalan kat sini. Dapat rasa dan tengok suasana kampung dan sawah padi yang mendamaikan. Juga dapat bergambar dengan macam-macam props seperti di Bali tapi kat Penang je. Sangat recommend untuk datang dan rasai sendiri pengalaman tu. 

So keluar Kampung Agong kita makan bekal yang masih ada, semua kelaparan dan keletihan hahaha. Oh ya, kat depan jalan Kampung Agong ada masjid, boleh lah kalau nak solat kat situ.

Next kita teruskan perjalanan ke Georgetown pula ye. Anak-anak dah tak sabar nak check in hotel.

So Kampung Agong, checked!

Till then. Assalamualaikum.

Tuesday, February 9, 2021

4/2021- My DSSS Journey Part 3

Assalamualaikum wbt

Hye semua. Sihat ke?

Musim-musim pandemik ni kalau sakit memang risau sangat la.

Aku pun dua tiga hari ni kena selsema pakej sekali dengan batuk pulak. Tekak pulak sakit, nak menelan pun azab. Dah 4 hari selsema baru cek tonsil, no wonder lah sakit. Dedua tonsil bengkak. Lama jugak dah sakit tonsil ni.

Sebelum ni duk minum air suam-suam panas tu.. Patut lah makin perit je rasa. Adoii.. Itu lah sapa suruh tak cek.

Selsema ni pun alahai stress juga dibuatnya. Dah banyak ubat telan still tak hilang-hilang lagi selsema ni. Memang biasa pun aku susah nak hilang kalau dah kena. Sakit itu penghapus dosa. Terima saja lah, dugaan Allah nak bagi. Alya dengan Aleesya pun kena selsema jugak. Aduyaii. Nasib baik semua aktif macam biasa jugak walaupun berhingus.

Dua hari aku WFH, hari ni baru masuk office. Kuarantin diri sendiri kat dalam bilik, taknak jadi penyebab orang lain pun turut sakit.

Ok jom back to business. Lama dah tak update progress my DSSS jouney. Eh tapi memang aku update by week pun. So hari Ahad lepas 07.02.2021 timbang berat 66.4kg. Alhamdulillah, ada penurunan lagi. Badan pun dah rasa lebih ringan, nak solat pun dah tak rasa mengah even lepas je makan nasi. 

Aku target bila berat dah 65kg baru ada cheat day. Nak tahu wishlist cheatday? 

.

.

.

.

 

                                                                                      Picture Google 

Menawan tak? Walau pedas ku tahan jua demi mu burger kemakmuran hahaha

Ok jom cek sikit kalori beliau..


Picture Kredit To FB Hitfat

Bukan kaleng-kaleng gaiss.. 510 kalori beliau, dah nak cukup separuh Daily  Calorie Requirement aku tu. So malam dah tak boleh makan la kalau macam ni. Untuk burn kalori bila kita dah melantak beliau ialah seperti di atas. 

Berjalan : 140 minit hahahaha. Mau tercabut lutut aku.

So begitulah, nak ke tak nak?? Ala, esok kita on track balik lah. Kata diet tak nak stress :P

Jom tengok menu DSSS.

 














Dah tak tahu yang mana breakfast, lunch and dinner. Lantaklah situ hahaha.

Jemput tengok lah if ada kawan-kawan yang buntu idea nak masak apa for DSSS. 


Till then.


Assalamualaikum.


me.myself.and.i

 

 

Tuesday, February 2, 2021

3/2021- My DSSS Journey Part 2

Assalamualaikum wbt

Hye semua..

Alhamdulillah dah 3 minggu aku teruskan DSSS.

Hati ada banyak bunga sebab dalam 3 minggu ni ada progress. Alhamdulillah syukur Ya Allah permudahkan urusanku untuk turunkan berat badan.

Rasa seronok sangat. Bila tengok penimbang dah nampak angka 6.. Alhamdulillah..

Mula start DSSS 11 Januari 2021 

  • Berat 71.8 kg

Hari ni 31 Januari 2021

  • Berat 67.4 kg 

Happy sangat, 4kg total loss dalam masa 3 minggu. Well, terbukti lah jika kita control makan, makan dengan seimbang Insha Allah ada perbezaannya. Slowly but surely. 

So siapa yang plan nak turunkan berat badan masih belum terlambat, kita masih di awal tahun lagi. Bermula lah dari sekarang. Jangan bertangguh. Kita diet santai-santai je, takde stress nak fikir yang ni boleh makan tak? Yang tu tak boleh. Yang penting dapat makan setiap kali meal time.

Jadi kawan-kawan, kalau nak ubah, ubahlah sekarang. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan. Lakukan sekarang.

Yess. I will do it. I will do and I can do!!

Picture from google

Picture from google

True indeed. Take care of your body now. Zaman sekarang sakit tak semestinya waktu tua kawan-kawan. Macam-macam penyakit yang datangnya dari makanan yang kita makan.
 
Dengan DSSS ni kita dapat turunkan berat badan dan satu lagi kita dapat jaga kesihatan juga. So jom bermula sekarang.
 
 
 
 
Till then, Assalamualaikum
 
me.myself.and.i
 
 


Sunday, January 17, 2021

2/2021- My DSSS Journey

Assalamualaikum wbt

Tahun baru ni apa azam uollss..?

Azam tahun lepas dah tercapai ke?

Hihihi

Dari pemerhatian aku lah, orang perempuan ni kan, satu je benda yang selalu aim di awal tahun.. Nak turunkan berat badan. Kan, betul tak..?

Yelah tak semua tapi ada. Tapi last-last ke laut. Aku tak kata kat orang lain, benda ni jadi kat aku je pun. 

Aku macam biasa lah, takdelah aim sangat nak diet, nak kurus ni.. Sebab dah tau selalunya memang hangat-hangat tahi ayam je. Diet, tak makan malam tapi berat liat sangat nak turun. Time naik tu senang je. Last-last ke laut dalam.

Tapi tahun ni lain macam pulak. Banyak baca inspired story and join group yang very supportive so aku nekad azam tahun ni nak turunkan berat sedia ada ke 60 kg. Sekarang berat aku 71kg. Memang obes teruk lah.. Tinggi pulak 153cm je so memang BMI tak normal weii.

So untuk mengelakkan aku terbabas di tengah jalan, so aku join group Diet Suku-Suku Separuh (DSSS). Cara diet ni aku rasa lebih sesuai untuk aku yang ada masalah gastrik.

Ok, apa itu diet suku-suku separuh ni?  Diet suku-suku separuh ni ialah pengambilan makanan yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur-sayuran atau buah-buahan. Diet suku-suku separuh ni adalah saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia jugak tau.

Sebelum tu banyak jugak la baca input-input tentang jenis-jenis diet. Diet pun ada banyak jenis tau. So pilihan di tangan kita nak kaedah mana. Pilih yang terbaik yang tidak membebankan badan dan yang selamat untuk badan kita. Dan yang paling penting in the end kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga.

Pendek kata sihat dapat kurus pun dapat. Siapa tak nak kan.

Actually, aku baru je start DSSS ni pada 11.01.2021. Tak tahu lagi macam mana progress nya. Nak tengok dalam masa seminggu ni ada perubahan tak sama ada penurunan berat atau pun inch loss.

So untuk permulaan, ni lah menu DSSS ku.


12.01.2021
Lunch
Nasi, Ikan Tenggiri Bakar, Telor Rebus, Sayur dan Ulaman

12.01.2021
Dinner
Nasi Ayam, Ayam Goreng, Salad Timun Tomato

13.01.2021
Dinner
Ayam Bakar, Ulaman, sedikit sup ayam

14.01.2021
Breakfast
Roti wholemeal 2 keping with tuna

14.01.2021
Lunch
Nasi putih, ikan bakar,kangkong goreng belacan dan ulaman
  
Ini je lah yang sempat snap.
 
Setakat ni aku rasa diet ni buat aku lebih semangat dan tak stress. Hopefully dapat bertahan sehingga mencapai target yang diidamkan. Aamiin.
 
Till then, bye.
 
Assalamualaikum
 
 
 
 
 
me.myself.and.i




Wednesday, January 13, 2021

1/2021- Welcome 2021

 Assalamualaikum wbt.....


Tiba-tiba rasa semangat nak update blog. 


Entah kenapa.

Tak terlambat lagi kan nak wish new year.

By the way, its 2021 gaiss...tahun 2020 dah berlalu dengan seribu macam peristiwa bukan saja di negara kita tapi di seluruh dunia sehingga diumumkan sebagai pandemik. Covid-19! Selama 3 bulan negara kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan Alhamdulillah kita dapat turunkan statistik kes itu.
 

Bagaimanapun, masuk 2021 sekali lagi dilaksanakan PKP, PKPB dan PKPP serta darurat politik oleh kerana peningkatan mendadak jangkitan covid-19.


Berlapang dada lah.. semoga dengan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP serta darurat politik kita dapat flatten the curve yang keep on rising sejak minggu lepas.


Jaga diri, jangan lupa pakai pelitup muka, kerap basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer jika tiada sumber air, elakkan tempat sesak.. Please stay at home jika tiada urusan urgent di luar.


Itu je cara kita nak hindarkan diri dari covid-19 yang kejam ni.

Ya Allah lindungilah kami dan keluarga kami.. Angkatlah virus covid-19 ini dari bumi ini...Sembuhkanlah pesakit2 yang dijangkiti virus ini..Permudahkanlah urusan mereka Ya Allah...Aamiin...

Sebaknya..sama-sama kita doakan agar tempoh ini berlalu pergi dan bawa bersama virus ini.

Pic kredit google.

me.myself.and.i