Search This Blog

Monday, April 30, 2018

1/2018~Rindu Tak?

Assalamualaikum..

Rindu pulak nak menulis bila dah lama menyepi diri..

2 tahun tak update apa-apa dalam blog. Walaupun bukan blog tersohor apatah lagi blog femes ( eh bukan sama ke) hahaha.. tapi takpe, saja buat rujukan bila dah tua bila rindu nanti..

Well bila dah lama takde cerita ni aku pun tak tahu nak start dari mana. Dalam draft ada lagi cerita pasal holiday kat Kota Kinabalu tahun bila tah..Ya ampun sudah terlalu lama gamaknya ye..hahaha

Pasal anak kedua (Afina Sofia) pun tak sempat nak stori kat sini..kesian Afina takde kenangan masa kecik yang boleh ulang-ulang baca.. Sekarang kalau nak recall bila dia start merangkak bila start berjalan mana nak ingat weii.. Ada tulis jugak kat memo dalam phone tetapi malangnya phone rosak maknanya berkubur macam tu je lah..Sob sob mama so sad..

Tapi takpela, masih belum terlambat lagi kan..tak pelah dah besar pun mama update je la kisah adik kat sini..nanti bila adik besar boleh tengok dan baca.

Inilah dia Afina Sofia pengarang jantung kedua mama dan papa..

Afina ni lain macam sikit walaupun gegirl hahaha..tengok lah aktiviti dia panjat memanjat ni sudah biasa..

Haaa..masa ni tak boleh berjalan lagi ni.. boleh bangun je pegang dekat kerusi.. Masa ni dia ligat nak memanjat kat rak putih tu.. Tapi mama is bijak, mama letak meja sebagai penghalang untuk dia  panjat rak tu..Masa ni mama nak masak dan kakak pulak tidur jadi takde siapa yang boleh tengokkan adik..
Tetapi alangkah terkejutnya..waahhh sangat ayat mama sejak lama tak mengarang ni haha..Mama is heran macam mana awak boleh naik atas meja tu. Rupanya dia lagi bijak dari mama ni. Mama cannot brain. Pitam kejap mama tapi mama sempat capai phone dan klik. Ambik gambar 2 keping untuk tunjuk bukti kepada papa awak dan bukti kat Afina jugak bila dah besar nanti.. Lepas tu baru mama angkat..But of course mama dah pastikan masa ni keadaan selamat dah..Eh, kalau dah macam ni mana la mama sedap hati nak tinggal sorang-sorang ni..hmmm adik oh adik..

Kakak dulu baya-baya ni takde panjat memanjat ni. Tapi tu lah anak-anak ni kita tak boleh nak compare kan sifat dan sikap diorang.. Apapun semuanya istimewa dan dua-dua pun mama sayang. Gila tak sayang.. ;p

Ok, itu sahaja dulu untuk mukaddimah di tahun 2018 ni..nanti free-free kita update balik kisah adik dan kisah kakak pula yang dah masuk darjah 1 tahun ni...

Till then..

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment